SERANGAN PENGGANAS DI TIGA NEGARA
Tunisia bakal tutup 80 masjid didakwa sebar keganasan
Jun 28, 2015 | 05:30 AM
TUNIS: Tunisia akan menutup sekitar 80 masjid yang didakwa menghasut kepada keganasan, menurut Perdana Menterinya, Encik Habib Essid, selepas serangan pantai yang mengakibatkan 39 maut.
Masjid yang beroperasi di luar kawalan pemerintah itu dikatakan menyebar 'hasutan' dan akan ditutup dalam masa seminggu, katanya yang dilaporkan BBC.