Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tunjuk perasaan bantah benci orang Asia di luar mahkamah NY

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Rakyat Amerika keturunan Asia dan aktivis masyarakat mengadakan tunjuk perasaan menentang jenayah kebencian anti-Asia kelmarin, di luar sebuah mahkamah tempat seorang lelaki didakwa menyerang seorang wanita Asia berusia 65 tahun dalam satu jenayah kebencian.



Tertuduh dijadualkan menghadapi perbicaraan pertama di depan hakim Mahkamah Jenayah Manhattan itu.



Polis mengenal pasti Brandon Elliot, 38 tahun, sebagai lelaki yang dilihat dalam video menendang wanita itu ke tanah dan kemudian menendang kepalanya beberapa kali pada 29 Mac, berdekatan Times Square.



Elliot dibebaskan daripada hukuman seumur hidup pada 2019 setelah menjalani hukuman kerana membunuh ibunya pada 2002, menurut media tempatan berdasarkan rekod mahkamah.



Minggu lalu dia dikenakan dua tuduhan serangan jenayah kebencian dan satu percubaan serangan jenayah kebencian.



"Serangan ini tidak mungkin terjadi jika dia tidak dibebaskan," kata Encik Phil Wong, presiden Perikatan Warga Amerika China Greater New York, sambil berdiri di hadapan mahkamah tempat penunjuk perasan mengangkat poster menggesa "bersuara menentang kebencian terhadap orang Asia" dan menyokong polis.



Akhbar The New York Times mengenal pasti mangsa sebagai Vilma Kari, seorang migran dari Filipina, menurut sumber penguatkuasaan undang-undang.



Jenayah kebencian yang dilaporkan terhadap orang Amerika Asia meningkat 149 peratus setiap tahun pada 2020 di 16 bandar utama Amerika, menurut Pusat Kajian Kebencian dan Ekstremisme di Universiti Negeri California, San Bernardino.



Keprihatinan terhadap jenayah itu meningkat apabila enam wanita Asia adalah antara lapan orang yang mati ditembak bulan lalu di spa di kawasan Atlanta.



Di California, pendakwa Orange County kelmarin menuduh seorang lelaki dengan jenayah kebencian kerana melempar batu ke arah seorang wanita Asia dan anaknya yang berusia enam tahun ketika mereka memandu.



"Lelaki itu kemudian memberitahu polis orang Korea di daerah itu cuba mengawalnya," kata pejabat Peguam Daerah.



Seorang lelaki dituduh melakukan kesalahan pelanggaran hak sivil dan vandalisme beserta jenayah kebencian berkaitan kejadian itu, kata pejabat pendakwa raya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >