Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tunjuk perasaan di Hong Kong: Lelaki dibakar dek pertelingkahan dengan penunjuk perasaan pro-demokrasi

Nov 12, 2019 | 09:52 AM



HONG KONG - Polis Hong Kong berkata semalam (11 November) bahawa seorang lelaki telah dililit api ekoran pertelingkahan bersama penunjuk perasaan pro-demokrasi, dalam video yang tular dalam talian.



Tiga video dimuatnaikkan di saluran sembang yang digunakan oleh penunjuk perasaan menunjukkan seorang lelaki berkemeja-T hijau dengan orang ramai di jambatan.



Seorang lelaki bertopeng berpakaian hitam melemparkan cecair terhadap mangsa dan membakarnya, menyebabkan orang ramai lari dan mangsa mencuba menanggalkan bajunya.



“Dalam insiden paling mengejutkan, beberapa penunjuk perasaan menuang cecair mudah terbakar dan membakar seseorang,” juru cakap Encik John Tse memberitahu wartawan di sidang media.



“Lelaki tersebut telah dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan kritikal.”



Kejadian itu berlaku di kawasan utara Ma On Shan, 20 kilometer dari daerah pusat perniagaan, katanya lagi. - AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >