Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tunjuk perasaan, kutukan berikutan pengakuan Iran tembak pesawat Ukraine

Jan 12, 2020 | 05:38 PM



DUBAI: Pengakuan Iran bahawa ia menembak pesawat Ukraine, membunuh 176 orang di dalamnya, menimbulkan kemarahan antarabangsa dan mencetuskan protes yang semakin meningkat terhadap pihak berkuasa Iran di Tehran dan bandar lain termasuk di mana duta besar Britain ditahan.



Dalam apa yang disebut Presiden Hassan Rouhani sebagai "kesilapan bencana", Iran semalam (11 Jan) berkata, peluru berpandu yang dilancarkan pada Rabu oleh pertahanan udara tersilap menembak jatuh pesawat itu ketika pihaknya melancarkan serangan terhadap sasaran AS di Iraq.



Iran sebelum itu berhari-hari menafikan ia menembak jatuh pesawat berkenaan.



Walaupun pegawai tertinggi Iran dan tentera memohon maaf, protes terhadap pihak berkuasa merebak ke seluruh negara termasuk di ibu negara Teheran, Shiraz, Esfahan, Hamedan dan Orumiyeh.



Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang mengatakan bahawa beliau tidak mahu "perubahan rejim" di Iran, menyatakan sokongannya kepada penunjuk perasaan dengan menulis di Twitter.



"Kami mengikuti dengan rapi protes anda, dan terharu dengan keberanian anda."



Pejabat Luar Britain lewat semalam mengesahkan bahawa duta besar negara itu di Tehran telah ditangkap oleh pihak berkuasa Iran. 



"Penangkapan Duta Besar kami di Tehran tanpa alasan atau penjelasan adalah secara terang-terangan pelanggaran undang-undang antarabangsa," kata Setiausaha Luar, Dominic Raab, dalam satu kenyataan. - REUTERS 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >