Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tunku Mahkota Johor dapat hadiah jet hari jadi

Jul 01, 2015 | 04:12 PM



JOHOR BAHRU: Sempena hari keputeraan yang ke-31 Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, difahamkan menerima hadiah mewah, iaitu sebuah jet peribadi daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam.


Berdasarkan gambar yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, kelihatan Sultan Ibrahim merakam gambar kenangan bersama Tunku Ismail di depan pesawat peribadi tersebut di hangar peribadinya di Lapangan Terbang Senai.


Laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dibanjiri dengan ribuan komen daripada pengikut serta peminat yang memberikan ucapan selamat dan mendoakan kesejahteraan Tunku Ismail.


"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya.


"Saya membuat keputusan setelah menerima pandangan dan nasihat Tuanku untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor," kata Tunku Ismail. - Utusan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >