Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tuntut barang kemas: Rosmah tak beli, hanya tengok

Jul 12, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Isteri mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, mendakwa semua barang kemas yang dituntut sebuah syarikat pemborong barang kemas dari Lebanon dihantar kepadanya hanya untuk dilihat dan beliau tidak membuat sembarang pembelian.



Ini dinyatakannya melalui satu kenyataan media dikeluarkan peguamnya, Datuk M. Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram, kelmarin.



"Kami ingin menekankan bahawa barang kemas yang diperincikan dalam kenyataan tuntutan Global Royalty dihantar kepada pelanggan kami untuk tontonannya.



"Tuduhan yang disebarkan bahawa barang kemas itu dibeli menggunakan dana curi oleh itu tidak berasas dan tidak benar sepenuhnya.



"Kami akan, apabila tiba masanya, mengambil langkah-langkah perlu untuk melindungi kepentingan pelanggan kami," kata dua peguam itu dalam satu kenyataan.



Pejabat Peguam Negara Malaysia kelmarin mengemukakan permohonan menjadi pencelah dalam tuntutan mahkamah yang difailkan Global Royalty Trading SAL terhadap Datin Rosmah bagi mendapatkan semula atau mendapatkan bayaran bagi 44 barang kemas bernilai kira-kira AS$14.8 juta ($20 juta) yang didakwa dihantarnya kepada beliau awal tahun ini.



Ia mengemukakan permohonan itu atas alasan barang kemas berkenaan milik kerajaan dan dibeli menggunakan wang curi.



Global Royalty pemborong barang kemas terkenal antarabangsa yang membekalkan barang kemas kepada kerabat diraja dan pelanggan dari seluruh dunia.



Dalam pernyataan tuntutannya bulan lalu, ia antara lain mendakwa Datin Rosmah pelanggan tetapnya dan dalam keadaan tertentu, beliau meminjam barang kemas dan memulangkannya.



Antara barang kemas termahal yang dituntut Global Royalty ialah sebentuk cincin berlian 16.50 karat berharga AS$925,000, sementara yang paling murah ialah subang berlian berharga AS$124,000.



Barang-barang kemas itu disita oleh polis Malaysia semasa beberapa serbuan ke atas kediaman yang ada kaitan dengan Datuk Seri Najib Mei lalu.



Berhubung kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, bahawa pihak Datin Rosmah perlu mengemukakan permohonan rasmi bagi mendapatkan kembali barangan yang disita, kedua-dua peguam itu membangkitkan beberapa isu.



"Serbuan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilakukan di tiga lokasi dan semuanya dijalankan tanpa kehadiran anak guam kami. Senarai carian tidak ditunjukkan kepada Rosmah sebaik saja semua proses itu selesai.



"Bagi pihak anak guam, kami sudah memohon kepada PDRM, meminta senarai carian itu, namun permintaan kami ditolak. Kami sudah merayu supaya polis mengkaji semula keputusan mereka dan pada masa ini masih menunggu balasan," katanya.



Kenyataan media itu turut menjelaskan Datin Rosmah mahu melihat barangan yang disita bagi mengenal pasti barangan miliknya kerana semasa serbuan tersebut barangan milik anak perempuan dan menantunya turut dirampas. - The Star, BH Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >