Topik diikuti
Pergi ke BHkuTurkey berkas 50 warga asing dipercayai pelampau ISIS

Oct 19, 2015 | 5:30 AM
Turkey berkas 50 warga asing dipercayai pelampau ISIS
ISTANBUL: Polis Turkey telah memberkas sekitar 50 warga asing di Istanbul awal semalam dalam satu serbuan menyasarkan pelampau Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) yang disyaki terlibat dalam pengeboman nekad di Ankara hujung minggu lalu, menurut laporan.
Serbuan itu tertumpu pada beberapa apartmen di kawasan pinggir bandar Pendik di bahagian Asia Istanbul, lapor siaran berita NTV.