Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Turkey bersiap bagi pilihan raya sengit

May 09, 2023 | 05:30 AM



ISTANBUL: "Istanbul!", teriak Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, di hadapan lautan manusia yang hadir memberi sokongan dalam satu rapat umum menjelang pilihan raya negara itu pada 14 Mei ini yang dianggap paling sengit dalam masa dua dekad beliau berkuasa.



"Kalau anda kata iya, pastinya kita akan menang."



Orang ramai berasak-asak membanjiri landasan lapangan terbang lama Ataturk, di Istanbul, dengan mengibarkan bendera Turkey serta sepanduk memaparkan wajah pemimpin berusia 69 tahun itu.



Encik Erdogan pernah menjadi mayor bandar tersebut, sebelum memimpin parti Islamnya mencapai kemenangan besar, menamatkan corak pemerintahan sekular hampir setengah abad di negara sekular itu yang majoriti rakyatnya beragama Islam.



Jatuhnya Istanbul di tangan pembangkang pada 2019 dalam pemilihan mayor menjejas kewibawaan Encik Erdogan dan merupakan amaran awal dalam pengundian yang bakal diadakan ini.



Tinjauan terbaru menunjukkan Encik Erdogan dan pemimpin pembangkang, Encik Kemal Kilicdaroglu, bersaing sengit dan besar kemungkinan diadakan pengundian ulang pada 28 Mei.



Tetapi, tinjauan di Turkey biasanya tidak tepat dan kedua-dua pemimpin itu cuba membuktikan kepada para penyokong masing-masing, mereka akan menang mutlak dengan peroleh lebih 50 peratus undi.



Encik Kilicdaroglu mengadakan rapat umum yang kecil tetapi meyakinkan di sebuah taman di bahagian bandar sebelah Asia, menghadap Laut Marmar.



Encik Erdogan dan partinya telah menyewa 10,000 buah bas, untuk membawa orang-orang dari 39 buah wilayah yang disifatkan oleh Presiden itu sebagai "perhimpunan abad ini," pada Ahad lalu.



Beliau mendakwa lebih sejuta orang hadir di perhimpunan itu - foto yang diambil dari udara telah disiarkan secara langsung ke seluruh negara bagi membuktikan kebenaran dakwaan Encik Erdogan itu.



"Saya berbesar hati berada di sini," kata seorang pesara berusia 68 tahun, yang kurang upaya, Cik Heyiye Kefal, sambil tersenyum.



"Dulu kita dalam keadaan kesulitan, tetapi hari ini kita miliki kesemuanya; Kebebasan dan keselesaan," kata wanita warga emas itu.



Lapangan terbang lama itu telah ditutup pada 2018, digantikan dengan yang baru, seluas bandar Manhatan, dibina oleh Presiden Erdogan berhampiran Laut Hitam.



"Kami telah membentuk semula negara ini," kata Encik Erdogan dari atas pentas rapat umum itu.



Mayor Istanbul yang popular, Encik Ekrem Imamoglu - yang berpotensi menjadi presiden, sehinggalah mahkamah melarangnya walaupun menang dalam pemilihan 2019 - adalah pemidato undangan Encik Kilicdaroglu, di rapat umum yang diadakah itu.



"Hak, undang-undang, keadilan" dan "Erdogan seorang pencuri" dilaungkan oleh orang ramai yang hadir mendengar pidato Encik Imamoglu di rapat umum tersebut.



"Gara-gara Erdogan, mereka yang tidak bersalah dipenjarakan," kata seorang pesara, Encik Yunus Mensur, sambil memeluk bendera negara Turkey. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >