Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Turkey jalankan lebih banyak serbuan terhadap perancang rampasan kuasa

Jul 18, 2016 | 03:31 PM



ISTANBUL: Pasukan keselamatan Turkey melakukan serbuan baru pada Isnin (18 Julai) terhadap suspek perancang rampasan kuasa yang gagal terhadap pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan, sedang kebimbangan antarabangsa meningkat mengenai skala tindakan keras itu.



Pihak berkuasa berkata kira-kira 6,000 orang ditahan setakat ini dalam siasatan rampasan kuasa Jumaat lalu, yang Encik Erdogan salahkan musuh ketat beliau, seorang pendakwah berpangkalan di Amerika Syarikat, Encik Fethullah Gulen.



Pada pagi Isnin, unit antipengganasan khas polis Istanbul menyerbu akademi tentera udara berprestij di bandar untuk mencari suspek baru, lapor agensi berita milik negara, Anadolu.



Pihak berkuasa telah menahan Jeneral Mehmet Disli, yang menjalankan operasi menangkap ketua staf Turkey, Encik Hulusi Akar, semasa percubaan rampasan kuasa itu, kata seorang pegawai Turkey.



Menurut laporan, 36 jeneral ditahan setakat ini. Agensi Dogan melaporkan pada Isnin bahawa 10 daripada mereka kini ditahan reman oleh mahkamah.



Encik Erdogan menggesa rakyat supaya terus berhimpun di jalan raya, dalam apa yang pihak berkuasa gambarkan sebagai "berjaga-jaga" demi demokrasi.



Demonstrasi baru menyokong pemerintah diadakan di seluruh negara pada Ahad malam.



Beribu-ribu penyokong pro-Erdogan mengibarkan bendera Turkey memenuhi Dataran Kizilay utama di Ankara, manakala adegan sama dilihat di Dataran Taksim di Istanbul.



Menurut Anadolu, tambahan 1,800 pegawai pasukan elit khas polis telah dimasukkan dari wilayah sekitarnya untuk memastikan keselamatan di Istanbul.



Pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dan Canselor Jerman, Dr Angela Merkel, menggesa Turkey mematuhi kedaulatan undang-undang di tengah-tengah tindakan terhadap rampasan kuasa itu.



Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Cik Federica Mogherini, berkata pada Isnin bahawa kedaulatan undang-undang perlu dilindungi demi kepentingan Turkey. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >