Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
3

SERANGAN GANAS

Turkey ratapi kejadian serangan berganda

Dec 13, 2016 | 05:30 AM

BERI PENGHORMATAN: Presiden Turkey Recep Tayyip Erdogan (barisan depan, tangan pada wajahnya); Perdana Menteri Turkey Binali Yildirim (berbual dengan Encik Erdogan); dan menteri lain menghadiri pengebumian pegawai polis yang terbunuh dalam serangan berganda. Serangan itu berlaku sejurus tamat perlawanan bola sepak membabitkan kelab ternama, Besiktas, selaku tuan rumah. Angka korban sudah meningkat kepada 38 orang - kebanyakan melibatkan anggota polis - manakala 166 orang lagi cedera. Polis Turkey semalam mula menahan 45 pegawai wilayah daripada Parti Demokratik Rakyat (HDP), yang didakwa mempunyai hubungan dengan militan Kurdi, Parti Pekerja Kurdistan (PKK). Operasi itu dijalankan selepas PKK mendakwa bertanggungjawab mendalangi serangan itu. Sekitar subuh, kira-kira 500 pegawai polis, yang disokong kenderaan berperisai dan helikopter, melancarkan operasi di selatan bandar Adana lalu menahan 25 pegawai HDP, menurut agensi berita Anadolu. Polis di Istanbul juga menahan 20 pegawai HDP dan menjalankan pemeriksaan di pelbagai alamat, termasuk pejabat utama parti di bandar itu.

"Saya terkejut dengan kejadian letupan kembar dekat Stadium Bola Sepak Besiktas di Istanbul pada 10 Disember 2016 yang telah meragut nyawa pegawai polis dan orang awam Turkey. Singapura mengecam perbuatan kejam ini dan berdiri padu dengan Turkey. Bagi pihak pemerintah Singapura, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera cepat sembuh."
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam suratnya kepada Perdana Menteri Turkey Binali Yıldırım.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >