Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Turki rancang kembalikan 1 juta pelarian Syria

Sep 06, 2019 | 03:29 PM



ANKARA (REUTERS) -  Presiden Tayyip Erdogan pada Khamis (5 September) berkata, Turki merancang untuk menempatkan semula sejuta pelarian di Syria utara dan mungkin akan membuka semula laluan bagi pendatang ke Eropah jika ia tidak menerima sokongan antarabangsa yang mencukupi bagi rancangan itu, kata Presiden Tayyip Erdogan pada Khamis.



Ankara, yang sudah menerima sebanyak 3.6 juta pelarian Syria, juga mengendalikan bahagian utara di Syria di mana ia telah mengembalikan 350,000 pelarian Syria.



Turki, bersama dengan Amerika Syarikat (AS), sedang menubuhkan "zon selamat" di daerah utara-timur di Syria dan dengan itu, Encik Erdogan berkata banyak lagi pelarian Syria boleh dipindahkan.



"Kami harus membentuk zon selamat seperti itu, supaya Turki boleh membina bandar-bandar sebagai pengganti “bandar khemah” di sini.



"Mari bawa mereka ke zon selamat di sana," kata Erdogan dalam satu ucapan di Ankara.



"Berikan kami sokongan dari segi logistik, dan kami boleh membina sebuah kawasan perumahan sebesar 30km di utara Syria. Dengan cara ini, kita dapat menyediakan keadaan hidup yang berkemanusiaan (untuk mereka).



"Jika ini tidak berlaku, kita akan membuka pintu (untuk mengembalikan pelarian) lagi," kata Erdogan.



"Sama ada anda akan memberi sokongan atau pun menerima cadangan kami, kerana kami tidak akan dibeban oleh tugas ini secara berseorangan. Kami sudah tidak mendapat bantuan daripada komuniti antarabangsa, terutamanya Kesatuan Eropah (EU)."



Di bawah perjanjian yang dipersetujui antara EU dan Turki pada bulan Mac 2016, Ankara bersetuju menghentikan aliran pendatang ke Eropah supaya dibalas dengan berbilion euro wang bantuan.



"Tujuan kami adalah untuk menempatkan sekurang-kurangnya, satu juta saudara Syria kami ke zon selamat yang akan kami membina ni sepanjang sempadan 450 km kami," kata Erdogan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >