Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Türkiye - nama rasmi baru Turkey di PBB

Jun 04, 2022 | 05:30 AM



ANKARA: Turkey telah menukar namanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam usaha pemerintah Presiden Recep Tayyip Erdogan meminta seluruh dunia memanggil negara itu dengan nama bahasa Turkeynya, Türkiye (tur-KEE-yeh).



Nama itu bukan perkara baru bagi rakyat Turkey, yang menggunakannya sejak negara mereka ditubuhkan pada 1923 selepas perpecahan Empayar Uthmaniyyah.



Namun, turut digunakan di negara itu ialah versi nama Inggerisnya, yang bagi sesetengah orang, membawa konotasi negatif.



Perubahan nama di PBB itu digerakkan musim sejuk lalu oleh Encik Erdogan, yang popularitinya merosot sejak beliau dipilih semula pada 2018 dan berlaku ketika pengundi negara itu bergelut dengan harga makanan melambung dan nilai mata wang lira Turkey menjunam.



"Ia juga usaha untuk menunjukkan kepada orang awam Turkey di negara sendiri dan orang Turkey yang tinggal di Jerman dan negara Eropah Barat lain bahawa Erdogan mempunyai kuasa untuk melaksana kehendaknya melepasi luar sempadan politik negara itu," kata Dr Mustafa Aksakal, profesor sejarah di Universiti Georgetown di Washington.



"Penukaran nama mungkin kelihatan kurang bermakna bagi sesetengah pihak tetapi ia meletak Erdogan sebagai pelindung, menjaga penghormatan antarabangsa terhadap negara itu."



Di PBB, perubahan itu diminta da-lam surat Turkey yang diterima pada 1 Jun, dan berkuat kuasa serta-merta.



Nama rasmi baru negara itu dalam bahasa Inggeris ialah Republik Türkiye. Ahli sejarah mengesan sebutan bertulis pertama Türkiye pada abad kelapan di daerah Mongolia sekarang, kata Dr Aksakal. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >