Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Twitter gesa lebih 330 juta pengguna tukar kata laluan

Sebahagian kata laluan disimpan dalam bentuk teks biasa pada sistem komputer dalaman ekoran satu gangguan; tiada tanda kata laluan dicuri atau disalah guna
May 05, 2018 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Twitter menggesa lebih 330 juta penggunanya mengubah kata laluan mereka selepas satu gangguan menyebabkan sebahagian kata laluan itu disimpan dalam bentuk teks biasa pada sistem komputer dalamannya.



Rangkaian sosial itu mengatakan ia telah memperbaiki kesilapan tersebut dan bahawa siasatan dalaman mendapati tiada tanda bahawa kata laluan dicuri atau disalahgunakan oleh orang dalam, tetapi ia menggesa semua pengguna supaya menimbangkan menukar kata laluan mereka "supaya lebih berhati-hati".



Ini dinyatakan ketua pegawai teknologi Twitter, Encik Parag Agrawal, dalam satu pos blog semalam.



Namun, blog itu tidak mengatakan berapa banyak kata laluan terjejas.



Tetapi seorang yang biasa dengan respons syarikat berkata bilangannya "besar" dan kata-kata laluan itu telah terdedah selama "beberapa bulan".



Twitter menemui pepijat itu beberapa minggu lalu dan telah melaporkannya kepada beberapa pengawal selia, kata orang berkenaan yang tidak dibenarkan membincangkan perkara tersebut.



Pendedahan ini datang sedang penggubal undang-undang dan pengawal selia di seluruh dunia meneliti cara syarikat menyimpan dan melindungi data pengguna, selepas beberapa insiden keselamatan terbongkar di beberapa firma termasuk Equifax, Facebook dan Uber.



Kesatuan Eropah (EU) dijangka mula menguatkuasakan undang-undang privasi baru yang ketat, yang dikenali sebagai Peraturan Perlindungan Data Am, termasuk denda tinggi jika melanggar syaratnya.



Gangguan tersebut berkaitan penggunaan satu teknologi yang digunakan Twitter yang dikenali sebagai "hashing", yang merahsikan kata laluan apabila pengguna memasukkkannya dengan menggantikannya dengan nombor dan huruf, menurut blog itu.



Satu pepijat menyebabkan kata laluan ditulis pada log komputer dalaman sebelum proses hashing selesai, kata blog tersebut.



Kami sendiri menemui kesilapan itu, mengalihkan kata laluan terjejas dan melaksanakan rancangan bagi mencegah pepijat itu daripada berlaku lagi," ujar Encik Agrawal.



"Kami meminta maaf ini berlaku," tambahnya.



Syarikat itu menasihatkan pengguna supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan akaun mereka selamat termasuk menukar kata laluan dan membolehkan perkhidmatan pengesahan dua faktor Twitter membantu mencegah akaun daripada dirampas.



"Supaya lebih berhati-hati, kami meminta agar anda menimbangkan mengubah kata laluan anda pada semua perkhidmatan di mana anda telah menggunakan kata laluan itu," kata Encik Agrawal. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >