Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:36
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ucapan terakhir pramugara MH370 kepada isteri: "Saya cinta kamu"

Mar 27, 2014 | 01:12 PM



SHAH ALAM - "Saya cinta kamu".


Demikian kata-kata terakhir dari pramugara MH370, Encik Mohd Hazrin Hasnan, kepada isterinya beberapa jam sebelum pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.


Kata-kata tersebut akan selama-lamanya berada dalam memori Cik Intan Maizura Othaman, 34 tahun.


Mengimbas kembali beberapa jam sebelum pesawat MH370 hilang itu, Cik Intan, yang sedang berbadan dua dengan anak keduanya, berkata suaminya tertinggal kenderaan yang disediakan MAS untuk kakitangan syarikat itu pada malam 7 Mac lalu, lapor laman The Straits Times, yang menukil Bernama.


Beliau berkata, suaminya kemudian meminta beliau menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.


"Semasa dalam perjalanan itu, kami berbual seperti biasa dan Mohd Hazrin memegang tangan saya dan menciumnya. 'Saya cinta kamu' adalah kata-kata terakhir beliau," kata Cik Intan apabila ditemui di rumahnya di Shah Alam semalam.


Beliau berkata, anak lelakinya yang berusia empat tahun, sering tanya tentang bapanya sebelum pengumuman pada 24 Mac lalu oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menyatakan penerbangan MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi.


"Keesokan harinya, saya memberitahu Iman bahawa bapanya telah pergi bekerja dan pesawat yang beliau naiki rosak, jadi beliau tidak akan pulang ke rumah kerana beliau kini berada di syurga," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >