Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Uji mutu air mani dengan ketepatan 98% gunakan telefon pintar

Mar 24, 2017 | 08:26 AM



MIAMI - Sebuah peranti telefon pintar baru boleh menganalisis mutu air mani lelaki dan membolehkan seseorang tahu dalam masa beberapa minit sama ada beliau mandul, menurut penyelidik Amerika Syarikat pada Rabu (22 Mac).



Kemandulan menjejas lebih 45 juta pasangan di seluruh dunia. Lebih 40 peratus daripada masalah kesuburan adalah disebabkan oleh mutu air mani yang rendah.



Teknologi itu diterangkan dalam jurnal Science Translational Medicine bertujuan menjadikan lebih mudah dan bagi lelaki menguji air mani mereka di rumah.



"Kami mahu mencari jalan penyelesaian untuk membuat ujian kemandulan lelaki mudah dan berpatutan seperti ujian kehamilan di rumah," kata penulis bersama Hadi Shafiee, seorang doktor di bahagian kejuruteraan perubatan di Brigham dan Hospital Wanita.



"Lelaki perlu menyediakan sampel air mani di bilik hospital - satu keadaan yang membuat mereka sering mengalami tekanan, malu, pesimisme dan kecewa."



Ujian baru itu, bagaimanapun, "boleh menganalisis sampel video air mani pekat, belum dibasuh dalam masa kurang lima saat".



Ia berfungsi dengan menggunakan gabungan lampiran optik yang boleh disambungkan ke telefon pintar dan peranti buang selepas guna untuk memuatkan sampel air mani, kata laporan itu.



Penyelidik menguji peranti menggunakan 350 spesimen air mani di Pusat Keseburan Hospital Besar Massachusetts (MGH).



Peranti telefon pintar mengesan sampel air mani yang tidak normal - berdasarkan kepekatan dan motiliti Pertubuhan Kesihatan Dunia - dengan ketepatan 98 peratus.



Kos bahan yang digunakan memasangnya ialah AS$4.45 ($6.23).



"Keupayaan membawa ujian air mani kepada pengguna, atau kemudahan kesihatan dengan sumber terhad, adalah satu perubahan," kata penulis bersama John Petrozza, dan pengarah Pusat Kesuburan MGH.



"Perkembangan ini akan menyediakan akses lebih cepat dan lebih baik kepada penjagaan kesuburan."



Peranti itu belum dipasarkan kepada kepada orang ramai dan masih dalam peringkat prototaip.



Penyelidik merancang mengadakan ujian tambahan sebelum memfailkan bagi kelulusan Pentadbiran Makan dan Ubat Amerika. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >