PILIHAN RAYA GABENOR WILAYAH INDONESIA

Ujian toleransi rakyat Indonesia

JAKARTA: Puluhan juta penduduk Indonesia yang keluar mengundi semalam dalam pilihan raya tempatan negara itu dengan perebutan jawatan gabenor Jakarta paling mendapat tumpuan selepas mencetuskan ketegangan politik dan agama.

Kira-kira 7.1 juta pengundi berdaftar di Jakarta telah memilih sama ada mengekalkan Encik Basuki Tjahaja Purnama yang beragama Kristian dan dari etnik Cina sebagai gabenor atau memilih pemimpin yang baru.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto