Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Ukraine dakwa tentera Russia bersiap untuk serang wilayah timur

Apr 06, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Tentera Russia dikatakan sedang membuat persiapan untuk satu serangan besar-besaran di wilayah Luhansk, timur Ukraine, dakwa gabenor tempatan, Encik Sergiy Gaiday, di saluran media sosial, Telegram kelmarin, dan menggesa orang ramai untuk menyelamatkan diri.



"Kami melihat peralatan didatangkan dari pelbagai arah berbeza, mereka membawa sumber tenaga, mereka membawa bahan bakar," kata Encik Gaiday dalam satu kenyataan video.



"Kami difahamkan mereka sedang bersiap untuk melakukan satu serangan besar-besaran," tambahnya.



Encik Gaiday menggesa penduduk untuk meninggalkan wilayah itu secepat mungkin.



"Jangan tunggu sehingga rumah anda dibom," katanya dalam satu video berasingan.



"Jangan teragak-agak," tambahnya, dan menyatakan 1,000 orang telah dipindahkan kelmarin.



"Pengeboman menjadi lebih hebat. Malam tadi (kelmarin) terdapat percubaan untuk memasuki daerah Rubizne (dekat Luhansk). (Tetapi) pasukan pertahanan dapat mematahkan tindakan itu dan mengerahkan beberapa kereta kebal untuk bertindak - terdapat sedozen mayat (askar Russia)," kata Encik Gaiday.



"Semalam (kelmarin), malangnya, dua sukarelawan terbunuh akibat ledakan periuk api atau mortar," katanya lagi dan menambah, "sebuah gereja telah dibom".



Datuk Bandar Borova, Encik Oleksandr Tertyshnyy, yang pekannya terletak di antara Luhansk dan bandar utama di timur Kharkiv, berkata pihak berkuasa tempatan "telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan populasi... demi keselamatan rakyat. Mereka yang boleh meninggalkan kawasan itu dengan menggunakan kenderaan sendiri digalakkan berbuat demikian," katanya di Facebook.



Russia menempatkan semula kira-kira dua pertiga daripada tenteranya di sekitar Kyiv dengan kebanyakannya dihimpunkan di Belarus.



Seorang pegawai kanan pertahanan Amerika Syarikat (AS) kelmarin berkata, pasukan itu dijangka disusun, dilengkapkan semula dan dikerahkan semula ke tempat lain di Ukraine.



Hujung minggu lalu, Ukraine mengatakan tenteranya merampas kembali semua kawasan di sekitar Kyiv, menguasai sepenuhnya wilayah ibu negara itu buat kali pertama sejak Russia menceroboh negaranya.



Pegawai AS itu, yang enggan dikenali memberitahu wartawan, berdasarkan anggaran AS sebelum penarikan balik tentera itu, terdapat kurang dari 20 batalion kumpulan taktikal yang memberi tumpuan kepada Kyiv.



Ia adalah kurang daripada satu perenam daripada kumpulan taktikal batalion yang dikerahkan oleh Kremlin untuk menyerang Ukraine.



"Kami masih membuat penilaian ke atas sebahagian besar daripada lebih 125 batalion kumpulan taktikal yang dikerahkan Russia dalam pencerobohan Ukraine," katanya.



Pegawai itu menganggarkan tentera Russia yang berundur dari sekitar Kyiv mungkin akan diarahkan ke timur Ukraine, tetapi perkara itu belum disahkan.



"Bagaimanapun kami percaya mereka sedang melakukan persiapan, menambah bekalan dan dikerahkan semula di tempat lain di Ukraine untuk memulakan peperangan di tempat lain," katanya. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >