Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ukraine gesa PBB adakan mesyuarat tergempar

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Ukraine telah menggesa Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar menyusuli serangan Russia ke atas sasaran orang awam, kata pertubuhan sedunia itu.



Susulan usulan tersebut, PBB telah menetapkan mesyuarat itu berlangsung semalam pada pada 1900 GMT (3 pagi, hari ini).



Serangan peluru berpandu kelmarin ke atas pusat beli-belah di tengah bandar Kremenchuk "adalah tumpuan utama" mesyuarat tersebut, kata seorang jurucakap bagi misi Albania, yang mempengerusikan Majlis Keselamatan sekarang.



"Serangan merentasi Kyiv" yang dilakukan pada Ahad lalu, yang turut meranapkan kompleks kediaman, akan juga dibincangkan semasa mesyuarat tersebut.



Seramai 13 orang telah disahkan meninggal dunia akibat serangan Kremenchuk, yang dikutuk PBB dan pemimpin dunia.



Pegawai Ukraine telah menuduh Moscow menyasarkan orang awam selepas laporan berlakunya dua lagi serangan di timur negara itu kelmarin, yang membunuh sekurang-kurangnya 12 orang awam kesemuanya.



Russia yang menyerang Ukraine pada Februari lalu, telah menafikan melakukan serangan ke atas kawasan perumahan di ibukota Kyiv pada Ahad lalu, menyatakan ia menyasarkan sebuah kilang senjata.



Datuk bandar Kyiv, Encik Vitaly Klitchko berkata, serangan pada Ahad lalu membunuh seorang warga dan mencederakan enam yang lain, termasuk seorang budak perempuan berusia tujuh tahun, dalam serangan pertama Russia ke atas ibu kota Ukraine itu dalam masa hampir tiga minggu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >