Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ukraine pecat gabenor, pemimpin kanan dek rasuah

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



KYIV: Ukraine memecat gabenor lima wilayah medan perang dan pelbagai pegawai kanan lain kelmarin dalam perubahan terbesar kepimpinan perangnya sejak pencerobohan Russia pada 2022.



Lebih sedozen pegawai kanan Ukraine yang meletak jawatan atau dipecat adalah gabenor wilayah Kyiv, Sumy, Dnipropetrovsk, Kherson dan Zaporizhzhia.



Kesemua lima wilayah berkenaan merupakan medan perang utama sejak tahun lalu, sekali gus memberikan gabenor wilayah itu profil tinggi yang luar biasa.



Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Encik Vyacheslav Shapovalov, timbalan ketua pentadbiran presiden, Encik Kyrylo Tymoshenko dan timbalan ketua pendakwa raya, Encik Oleksiy Symonenko, juga antara pegawai tertinggi yang berundur.



Ukraine mempunyai sejarah rasuah endemik, termasuk dalam kalangan elit politik tetapi usaha menghapuskan rasuah telah diselubungi perang berskala penuh sejak Februari lalu.



Sekutu Barat Kyiv, yang telah memperuntukkan berbilion dolar dalam sokongan kewangan dan ketenteraan, telah mendesak langkah anti-rasuah sejak bertahun-tahun, kadangkala sebagai prasyarat sebelum bantuan diagihkan.



"Sudah ada keputusan berhubung kakitangan - beberapa hari ini, beberapa lagi esok - mengenai pegawai di pelbagai peringkat dalam kementerian dan struktur pemerintah pusat yang lain, serta di wilayah dan dalam penguatkuasaan undang-undang," kata Presiden Volodymyr Zelensky dalam satu ucapan video.



Pembantunya, Encik Mykhailo Podolyak, mengirim ciapan di Twitter:



"Presiden melihat dan mendengar masyarakat, dan beliau secara langsung bertindak atas permintaan awam utama - keadilan untuk semua."



Langkah itu dilakukan dua hari selepas seorang timbalan menteri infrastruktur ditangkap dan dituduh menyalur AS$400,000 ($528,000) daripada kontrak untuk membeli generator dalam salah satu skandal rasuah besar pertama yang diketahui umum sejak perang bermula 11 bulan lalu.



Kementerian pertahanan mengumumkan peletakan jawatan Encik Shapovalov - yang bertanggungjawab ke atas sokongan logistik tentera - berikutan tuduhan beliau menandatangani kontrak makanan pada harga yang melambung tinggi.



Laporan media tempatan minggu lalu menuduh kementerian telah menandatangani perjanjian pada harga "dua hingga tiga kali lebih tinggi" daripada kadar semasa untuk bahan makanan asas.



Dalam satu kenyataan, kementerian menegaskan tuduhan itu "tidak berasas" tetapi berkata pemergian Encik Shapovalov akan "memelihara kepercayaan masyarakat dan rakan kongsi antarabangsa".



Encik Tymoshenko, yang telah berkhidmat dengan Encik Zelensky sejak pemilihannya pada 2019 dan menyelia dasar serantau, juga mengumumkan peletakan jawatannya kelmarin.



Beliau menyiarkan foto dirinya memegang surat peletakan jawatan bertulis tangan, mengucapkan terima kasih kepada Encik Zelensky atas "peluang memberi khidmat baik setiap hari dan setiap minit".



Encik Tymoshenko terlibat dalam beberapa skandal semasa memegang jawatan, termasuk pada Oktober 2022 apabila beliau dituduh menggunakan kereta yang didermakan kepada Ukraine, yang sepatutnya dikerahkan untuk tujuan kemanusiaan.



Pemecatan Encik Symonenko pula dibuat berikutan laporan media beliau bercuti di Sepanyol pada musim sejuk ini, dan dilaporkan menggunakan kereta milik seorang ahli perniagaan Ukraine.



Perubahan itu berlaku selepas timbalan menteri pembangunan masyarakat, wilayah dan prasarana Ukraine dipecat pada hujung minggu berikutan penahanannya kerana disyaki melakukan penyelewengan.



Encik Vasyl Lozynkiy dituduh menerima rasuah bagi "memudahkan" pembelian penjana tenaga pada harga yang tinggi sedang Ukraine menghadapi kekurangan elektrik berikutan serangan Russia ke atas grid tenaga Ukraine.



Ahad lalu, Encik Zelensky berkata beliau berharap pemecatan Encik Lozynkiy akan mengirim "isyarat kepada semua mereka yang tindakannya atau tingkah lakunya melanggar prinsip keadilan".



Badan bukan pemerintah Transparency International meletakkan Ukraine di tangga 122 daripada 180 dalam kedudukan rasuahnya pada 2021. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >