Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ulama Islam berpengaruh Qaradawi meninggal dunia, menurut akaun Twitternya

Sep 26, 2022 | 08:34 PM



DUBAI: Ulama tersohor Sheikh Youssef al-Qaradawi, seorang pemimpin rohani untuk Ikhwanul Muslimin dan pembela pemberontakan Arab Spring, meninggal dunia pada Isnin (26 Sep) pada usia 96 tahun, menurut satu catatan di akaun Twitter rasminya.


Dilahirkan di Mesir pada 1926, Syeikh al-Qaradawi menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Qatar, di mana beliau  menjadi salah seorang ulama Islam Sunni yang paling dikenali dan berpengaruh di dunia Arab berkat penampilan seringnya di rangkaian Al Jazeera Qatar.


“Yang Mulia Imam Sheikh Youssef al-Qaradawi, yang mengorbankan masanya untuk mengajar ajaran Islam dan mempertahankan masyarakat Islam, telah meninggal dunia dan kembali kepada rahmat Tuhan,” kata satu kenyataan di Twitter yang mengumumkan kematiannya.


Ulama  itu terkenal melalui programnya ‘al-Shariah wa al-Hayah’ (Syariah dan Kehidupan) yang disiarkan di media Al Jazeera, dengan anggaran seramai 40-60 juta penonton di serata dunia.


Beliau juga terkenal melalui laman web IslamOnline, yang beliau bangunkan pada 1997.


Selain itu, Sheikh al-Qaradawi telah menerbitkan lebih 120 buku termasuk The Lawful and the Prohibited in Islam and Islam: The Future Civilization.


Beliau juga telah menerima lapan hadiah antarabangsa atas sumbangannya kepada keilmuan Islam, dan dianggap sebagai salah seorang ulama Islam paling berpengaruh. 


Khutbah beliau menawarkan pengimbang kepada ideologi radikal yang disebarkan kumpulan pengganas al-Qaeda dan IS.


Beliau sangat kritikal terhadap Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi serta kepimpinan Arab Saudi, yang mencetuskan keretakan dengan pihak Doha. – Reuters, Agensi berita.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >