Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Umno diizin tangguh pemilihan parti tak lewat selepas 6 bulan Pilihan Raya ke-15

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Umno diizin tangguh pemilihan parti tak lewat selepas 6 bulan Pilihan Raya ke-15

Jul 31, 2022 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan usul pindaan Perlembagaan Umno yang diputuskan parti itu sebelum ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kelulusan diberikan oleh ROS selepas menilai segala dokumen berkaitan pindaan itu lebih 60 hari, akan berkuat kuasa kelmarin (29 Julai).

"ROS bersetuju kepada pindaan Perlembagaan Umno supaya pemilihan Umno di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen (Dewan Rakyat ).

"ROS juga meminta supaya satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal PRU Parlimen (Dewan Rakyat)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu beliau berkata, Umno diberi pilihan untuk mengadakan pemilihan partinya bagi penggal ini yang sudah ditangguhkan, tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU ke-15 diadakan.

"Umno merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada ROS dan semua pihak yang terbabit dalam meluluskan pindaan Perlembagaan Umno," katanya.

Perhimpunan Agung Umno (PAU) Khas berlangsung pada Mei lalu meluluskan usul pindaan itu bagi membolehkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.

Ketua Penerangan Umno, Encik Shahril Hamdan, berkata kelulusan ROS terhadap pindaan Perlembagaan Umno sebelum ini, menepati kehendak parti itu.

"Tiada tanda soal lagi yang mana akan datang dahulu. Tumpuan utama parti sekarang adalah untuk menghadapi PRU Ke-15.

"Seperti diputuskan oleh PAU 2021 dan diperkuat dengan pengumuman hari ini, pemilihan lepas PRU. Tarikh PRU, 'top five' bincang, bawa ke MKT, kemudian kita masuk gelanggang," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau.

Beliau berkata, kini masanya ahli dan pimpinan parti berhenti mengadu domba antara satu dengan lain, tidak bergaduh atau syak wasangka, jauh sekali menuduh sensasi pemimpin Umno cuba mensabotaj ketetapan parti sendiri.

"Walau apa pun desas-desus di luar sana, akhirnya kita ukur melalui hasilnya, ketetapan parti diangkat dan diutamakan. Sekarang masa untuk semua figura Umno menjadi penyatu.

"Pemilihan (parti) pasti selepas PRU, maka tambah kuat lagi, tiada sebab untuk menjadi selain dari penyatu menjelang PRU ini. Di kala parti kita di ambang kemenangan, kita pilih kesepakatan untuk meyakinkan rakyat memilih kestabilan," katanya. - BHM


"Tiada tanda soal lagi yang mana akan datang dahulu. Tumpuan utama parti sekarang adalah untuk menghadapi PRU Ke-15.
Seperti diputuskan oleh PAU 2021 dan diperkuat dengan pengumuman hari ini, pemilihan lepas PRU. Tarikh PRU, 'top five' bincang, bawa ke MKT, kemudian kita masuk gelanggang."

- Ketua Penerangan Umno, Encik Shahril Hamdan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3