Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno Gua Musang: Tidak ada faedah dengan Bersatu

Jan 11, 2021 | 05:30 AM



GUA MUSANG: Umno Bahagian Gua Musang turut mengambil pendirian tidak mahu ada kaitan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).



Ketua Penerangan Umno bahagian Amran Ariffin berkata ahli dan pimpinan Umno bahagian mengambil ketetapan itu kerana merasakan tidak ada manfaat bekerjasama dengan Bersatu.



Penyertaan Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), katanya, dilihat menafikan hak serta suara Umno.



"Keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu sudah diputuskan dalam mesyuarat perwakilan Umno bahagian baru-baru ini dan ia juga dipersetujui Ketua Umno bahagian Tengku Razaleigh Hamzah," katanya selepas menyampaikan bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir Orang Asli di Kampung Kuala Koh semalam.



Encik Amran, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) berperanan besar menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).



Namun, katanya, demi penakatan dan menghadapi persoalan masa depan, parti itu memilih hanya memperkukuh kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS).



Semalam, bakul makanan diagihkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kepada 237 ketua isi rumah di lima kampung Orang Asli yang terjejas akibat banjir di Gua Musang.



Pegawai JAKOA daerah, Encik Muhamad Yusrizal Ghani, berkata bantuan diberi kepada penduduk Kampung Pasir Linggi Kuala Koh, Kampung Aring 5, Kampung Bawek dan Kampung Tako.



Beliau berkata penduduk di kampung-kampung itu kerap terputus hubungan apabila jambatan dan jalan ditenggelami banjir.



Encik Muhamad Yusrizal berkata sebanyak 263 bakul makanan lagi akan diagihkan kepada penduduk Orang Asli Pos Gob dengan 91 bakul pula disimpan dahulu untuk diagihkan kepada penduduk Orang Asli Kuala Koh bagi pusingan kedua. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >