Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno nafi dahului Kabinet

Oct 02, 2022 | 03:37 PM



PONTIAN: Umno menafikan parti itu mendahului Kabinet dalam membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini.



Sebaliknya, Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata beliau yakin isu pandangan anggota Kabinet sudah diselesaikan kerana Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno ada diberikan gambaran mengenai mesyuarat Jemaah Menteri dalam perkara berkenaan.



Beliau berkata keputusan mengadakan PRU15 pada tahun ini juga dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno.



Katanya, Umno bukan mahu mengambil kuasa mahu pun mendahului Kabinet, namun oleh kerana Perdana Menteri adalah sebahagian pemimpin tertinggi parti, maka ia perlu membuat keputusan bersama.



"Oleh kerana Perdana Menteri daripada Umno, maka kita nyatakan pendirian berkaitan mengenai PRU15. Yang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan juga adalah Perdana Menteri.



"Atas sebab itu, Umno perlu buat keputusan yang memandu ke arah PRU15, bukan parti lain. Kita harap panduan dibuat itu akhirnya berjaya membawa kepada pilihan raya diadakan.



"Apatah lagi Perdana Menteri adalah sebahagian yang buat keputusan itu (PRU15) kerana beliau hadir dalam Mesyuarat Top Five (lima pemimpin tertinggi Umno), Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Jumaat lalu.



"Dalam urusan Kabinet itu tentunya sudah diselesaikan. Walaupun saya tiada dalam Kabinet namun MKT ada diberi gambaran mesyuarat Kabinet," katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan satu karnival masyarakat, hari ini (2 Oktober). - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >