Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Adun Umno Menteri Besar Perak baru

Dec 09, 2020 | 10:14 PM




KUALA LUMPUR: Anggota Perikatan Nasional Malaysia bersetuju untuk mencalonkan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Umno sebagai Menteri Besar Perak seterusnya, sekali gus menyelesaikan krisis kepimpinan yang berterusan dalam kerajaan negeri itu yang dicetus oleh persaingan dalam pakatan tersebut.




Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah bersetuju dengan ketua Umno Perak Saarani Mohamad sebagai pilihan mereka berikutan mesyuarat pada Rabu (9 Dis), kata satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin, dan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.



Bekas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu, yang juga Timbalan Presiden Bersatu, mendapat undi tidak yakin Jumaat lalu yang difailkan Umno, lapor The Straits Times. 



Pemecatannya mendedahkan perselisihan antara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dari Bersatu dan Umno, sekutunya dalam kerajaan negeri dan persekutuan.



Istana mengumumkan majlis mengangkat sumpah untuk Datuk Saarani akan diadakan pada 11 pagi Khamis.



Kenyataan bersama itu juga berkata mesyuarat itu telah mencapai kata sepakat bagi pelantikan lain dalam kerajaan negeri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >