Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno sedia hadapi pilihan raya umum

Mar 18, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Umno sedia mengerahkan jenteranya pada bila-bila masa untuk berdepan 'sebarang kemungkinan' yang dipercayai merujuk kepada pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.



Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia berdasarkan semangat dan kebersamaan akar umbi serta pemimpin setiap peringkat seperti yang disaksikan semasa pembukaan persidangan sayap Umno kelmarin dan perjalanan persidangan setakat ini.



Namun, beliau menegaskan sebarang keputusan parti berhubung pelaksanaan akan tetap mengambil kira dan menghormati peranan serta perkenan Yang di-Pertuan Agong.



"Perasmian persidangan sayap parti malam tadi dan persidangan sayap sepanjang hari ini (semalam) menunjukkan sayap Umno dan seluruh Umno Bahagian didukung Umno negeri memperlihat kesiapsiagaan bagi menggerakkan jentera untuk berdepan sebarang kemungkinan.



"Ketiga-tiga sayap parti menyebut mandat baru rakyat hendaklah diperoleh dalam jeda waktu tertentu, atas nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon perkenan baginda.



"Sebagai ketua parti, ia satu perancangan politik, (namun) Perlembagaan dan kuasa Tuanku hendaklah dihormati. Tentunya suara akar umbi akan turut didengar.



"Kita mengharapkan mandat terbaru akan didukung disebabkan saat dan waktunya mungkin sesuai setelah beberapa aspek difikirkan secara mendalam," katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur semalam.



Isu desakan pelaksanaan PRU-15 timbul selepas Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini apabila menguasai 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).



Pada Rabu malam, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, menggesa pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi, dengan mengatakan masa sekarang lebih baik daripada kemudian.



Beliau berkata kelemahan dalam kalangan seteru politik Umno perlu diambil kesempatan sebagai punca utama pilihan raya perlu diadakan secepat mungkin.



Beliau berkata demikian semasa ucapan merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.



Sementara itu, sayap Wanita Umno berharap trend pencalonan wanita yang mencapai 25 peratus bagi BN pada PRN Johor, baru-baru ini, akan diteruskan pada PRU-15.



Ketua Wanita, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata Wanita Umno sudah membuktikan kemampuan apabila lima calon yang bertanding pada PRN itu menang, selain dua pada PRN Melaka.



Pada PRU-14, katanya, calon wanita BN hanya mewakili 11.7 peratus daripada keseluruhan calon.



Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita Umno 2021 semalam.



Pemuda Umno pula menyifatkan keterbukaan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, membuka jalan dan mencadangkan pemimpin muda menerajui kerajaan negeri sebagai sikap negarawan sejati.



Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata sayap itu merakamkan penghargaan tertinggi kepada Datuk Hasni atas sumbangan menerajui kerajaan Johor selama dua tahun dan menjadi arkitek penting kemenangan majoriti dua pertiga BN pada PRN Johor baru-baru ini. - BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >