Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Umno: Ura-ura Zahid pilihan calon PM adalah palsu

Sep 28, 2022 | 05:41 AM



KUALA LUMPUR: Umno tidak pernah mengeluarkan kenyataan menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai calon perdana menteri (PM) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kenyataan tular berhubung perkara itu adalah palsu.



Begitu juga Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata sebelum ini Umno telah memutuskan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon PM ke-10 sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi PRU15.



"Setakat ini keputusan yang kita buat di peringkat parti ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah poster boy dan calon PM selepas PRU15,'' kata Datuk Seri Mahdzir.



Datuk Ahmad Zahid pula berkata:



"Mudah untuk mengetahui benar atau tidak jika ada kenyataan daripada saya, periksa semua saluran media sosial saya iaitu Twitter, Facebook, Instagram, Tiktok.



"Jika tiada, maka ia palsu... fake. Dalam dunia ini memang ada sekumpulan manusia jahat dan bodoh yang kerjanya hanya membuat fitnah," katanya menerusi hantaran di media sosial semalam.



Datuk Ahmad Zahid turut memuat naik kenyataan tular itu yang mendakwa susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskannya daripada 40 tuduhan rasuah, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan beliau sesuai diangkat sebagai calon PM bagi gabungan BN.



Kenyataan itu mendakwa, perkara berkenaan akan dibincangkan mesyuarat MKT pada Jumaat ini.



Minggu lalu, Datuk Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengesahkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon PM BN bagi PRU15.



Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan, Datuk Ismail Sabri akan dipilih sebagai PM jika parti itu memenangi PRU15. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >