MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA
Umno yakin tidak berlaku tsunami pengundi Melayu, kemesraan Mahathir-Kit Siang sekadar 'drama'
Apr 03, 2018 | 05:30 AM
PARIT BUNTAR (Perak): Dakwaan berlaku tsunami pengundi Melayu dianggap mustahil kerana majoriti mereka langsung tidak menyakini drama 'persahabatan' yang ditunjukkan Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Menteri Pendidikan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata episod 'kemesraan' yang tiba-tiba berputik antara dua bekas seteru politik itu setelah lebih 50 tahun bertelagah juga turut dicurigai pengundi kaum Cina.