Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umrah dibuka bagi jemaah yang sudah divaksin dari luar Arab Saudi

Aug 08, 2021 | 12:45 PM



KAHERAH: Arab Saudi secara beransur-ansur akan menerima permintaan bagi pelaksanaan ibadah umrah dari jemaah luar negara yang sudah divaksinasi mulai 9 Ogos selepas setahun setengah tidak menerima kedatangan jemaah luar negara kerana pandemik Covid-19, lapor agensi berita SPA pada Ahad (8 Ogos).



Dengan tampungan yang akan bertambah hingga dua juta jemaah dari 60,000 jemaah setiap bulan, Mekah dan Madinah akan mula menyambut kedatangan pengunjung luar negara ke masjid-masjid mereka di samping mengekalkan langkah berjaga-jaga Covid-19.



Seorang pegawai rasmi di Kementerian Haji dan Umrah berkata jemaah di Arab Saudi dan luar negara perlu menyertakan sijil vaksinasi Covid-19 rasmi bersama permohonan umrah mereka.



Jemaah yang sudah divaksin dari negara yang Arab Saudi sertakan dalam senarai kemasukan dilarang pula perlu menjalani kuarantin secara rasmi setibanya di negara itu, tambah laporan berkenaan.



Ibadah umrah dibuka semula pada Oktober buat jemaah di Arab Saudi selepas sekian lama pandemik ini menular manakala ibadah haji lalu pada Julai dibuka bagi jumlah jemaah yang dibataskan bilangannya buat dua tahun berturut-turut. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >