Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KETEGANGAN DI SEMPADAN UKRAINE-RUSSIA

AS umum sekatan baru atas golongan elit Russia dan 2 bank negara

'Hukuman' ke atas Moscow kerana arah tentera ke dua wilayah pemisah; Kesatuan Eropah, Jerman dan Britain turut umum sekatan, boleh jejas kewangan Russia
Feb 24, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW/DONETSK/WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengumumkan siri sekatan baru ke atas golongan elit Russia dan dua bank negara itu sedang kuasa Barat cuba mencegah pencerobohan habis-habisan ke atas Ukraine dengan menghukum Moscow kerana mengarahkan tentera ke dua wilayah pemisah.



Kesatuan Eropah (EU), Jerman dan Britain turut mengumumkan sekatan mereka yang dikatakan boleh menjejas Russia dari segi kewangan, sedang mereka bimbang pencerobohan lanjut akan berlaku, langkah yang dinafikan Moscow selama berbulan-bulan.



Satu krisis keselamatan terburuk di Eropah dalam beberapa dekad sedang berlaku dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengarahkan tentera Russia ke timur Ukraine untuk "menjaga keamanan."



Washington menolak langkah itu sebagai "mengarut" tentang pengerahan tentera itu ke wilayah Donetsk dan Luhansk.



Dua wilayah itu bersebelahan Russia dan telah dikuasai militia yang disokong Russia sejak 2014.



Diplomasi selama berminggu-minggu gagal sedang Moscow meminta jaminan keselamatan, termasuk janji bahawa jirannya Ukraine tidak akan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), sedangkan anggota Nato menawarkan langkah membina keyakinan dan kawalan senjata kepada Encik Putin.



"Ringkasnya, Russia mengumumkan ia sedang merampas satu kawasan besar dari Ukraine," kata Encik Biden di Rumah Putih.



"Beliau memberi rasional untuk mengambil lebih banyak wilayah secara paksa. Ini adalah permulaan pencerobohan Russia ke atas Ukraine," ujarnya.



Sebagai tindak balas kepada Russia yang enggan menarik balik tenteranya dari Belarus, di utara Ukraine, Encik Biden berkata beliau juga telah meluluskan pergerakan tambahan pasukan dan peralatan tentera Amerika yang sudah berada di Eropah untuk mengukuhkan Estonia, Latvia dan Lithuania.



"Biar saya jelaskan, ini adalah tindakan mempertahanankan diri bagi pihak kami. Kami tidak berniat melawan Russia," katanya.



"Namun kami mahu menghantar mesej jelas, bahawa Amerika, bersama sekutu kami, akan mempertahankan setiap inci wilayah Nato."



Sekatan kini dikenakan ke atas bank VEB dan bank tentera Russia, Promsvyazbank, yang melakukan perniagaan ketenteraan, katanya.



Bermula semalam, sekatan turut dikenakan ke atas elit Russia dan ahli keluarga mereka.



Agensi berita Tass memetik bank Promsvyazbank sebagai berkata sekatan itu tidak memberi kesan ketara kerana ia telah mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal.



Sekatan ke atas sistem pinjaman Russia bermakna negara itu akan terputus daripada pembiayaan Barat, menurut Encik Biden.



Menurut jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, Encik Putin akan meneliti dahulu tindakan Amerika sebelum memberi respons.



Sebelumnya, Jerman telah menggantung permulaan bekalan saluran paip gas baru dari Russia, sedang Britain mengenakan sekatan terhadap bank Russia.



Kementerian luar Russia mengkritik langkah baru itu sebagai "tidak sah".



EU juga bersetuju menyenaraihitamkan lebih ramai ahli politik, penggubal undang-undang dan pegawai Russia, selain melarang pelabur EU daripada berdagang dalam bon Russia, dan menyasarkan sekatan import dan eksport dengan pihak pemisah di dua wilayah Ukraine.



"Rakan Eropah, Amerika, Britain kami tidak akan berhenti dan tidak akan bertenang sehingga mereka menghabiskan semua usaha mereka untuk apa yang dipanggil hukuman ke atas Russia," kata Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, sambil mengetepikan tindakan sekatan itu. - Reuters.





"Biar saya jelaskan, ini adalah tindakan mempertahanankan diri bagi pihak kami. Kami tidak berniat melawan Russia.

Namun kami mahu menghantar mesej jelas, bahawa Amerika, bersama sekutu kami, akan mempertahankan setiap inci wilayah Nato."

- Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >