Uncang minuman berperisa dicampur dadah dijual secara meluas di pusat hiburan M'sia
Feb 15, 2018 | 05:30 AM
IPOH: Uncang mengandungi perasa bercampur dengan dadah methamphetamine sekarang dijual secara meluas di pusat hiburan di Malaysia.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Encik Zolkifli Mohd Dom, berkata uncang itu boleh terlepas pemeriksaan tanpa disedari dan digunakan dengan mudah.