Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Undi kian pecah, saingan lebih sengit di Selangor

May 06, 2018 | 05:30 AM



DENGAN kelakonan baik mentadbir Selangor sepanjang 10 tahun lalu, Pakatan Harapan dijangka mengekalkan kuasa di negeri itu.



Menteri Besar Selangor, Dato Seri Azmin Ali, juga menikmati sokongan popular.



Berkongsi pengamatannya di Selangor menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Malaysia, Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Lee Hwok Aun, berkata Pakatan Harapan (PH) telah memacak teguh kehadirannya di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang menerajui Selangor.



Ia telah melaksanakan dasar-dasar yang disenangi rakyat.



Ia menanam imej sebagai kerajaan yang mempunyai belas ihsan menerusi beberapa pendekatan seperti 'inisiatif peduli rakyat'.



Ia juga mengusahakan pelbagai program bantuan sosial membantu keluarga berpendapatan rendah dengan memberi kad rawatan perubatan dan memberi elaun kepada kaum ibu di bawah program 'Kasih Ibu Smart Selangor', atau Kiss.



"Selangor mempunyai birokrasi yang berfungsi, pemerintahnya bersih.



"Pelaksanaan khidmat bermutu memang penting," kata Dr Lee.



Daripada segi demografi, beliau berkata penduduk Selangor pelbagai dan merangkumi penduduk bandar dan luar bandar.



Mereka umumnya sedar dan prihatin terhadap beberapa isu besar seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan skandal rasuah.



Menurutnya lagi, peneraju parti yang bersaing - Datuk Seri Najib Tun Razak yang memimpin Barisan Nasional (BN) dan Tun Dr Mahathir Mohamed yang mengetuai PH - tidak begitu popular di Selangor.



Namun, kes yang diketengahkan Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib kelihatan semakin mendapat tarikan terutama dalam kalangan orang Melayu.



Pada peringkat negeri, Datuk Seri Azmin menikmati kepopularan sebagai Menteri Besar kerana dasar-dasar yang dijalankan, usaha bantuan sosial dan mengamalkan pentadbiran secara berhemat.



"Azmin mempunyai karisma dan kemahiran berhubungan dengan masyarakat.



"Beliau juga mahu memaparkan Selangor sebagai masa depan Malaysia," kata Dr Lee.



BN pula kelihatan tidak mempunyai calon Menteri Besar yang jelas.



Calon BN dan ketua divisyen Umno di Selangor, Datuk Seri Jamal Yunos, memaparkan pendirian bercorak provokasi dengan komen yang mengapi-api.



Dengan PRU14 memperlihatkan banyak pertandingan tiga penjuru, Dr Lee berkata undi semakin berpecah, persaingan menjadi lebih sengit dan kelebihan undi semakin mengecil.



Datuk Seri Azmin sendiri menghadapi pertandingan lima penjuru, dengan salah seorang daripada pencabarnya ialah adik beliau sendiri, pengacara kontroversi Azwan Ali, yang bertanding sebagai calon bebas.



Langkah penyempadanan semula membuat beberapa kawasan mempunyai lebih pengundi Melayu.



Antara kawasan hangat ialah Gombak, Kuala Selangor, Kapar, Sungei Buloh dan Subang.



Parti Islam SeMalaysia (PAS), yang menjadi pesaing dalam pilihan raya kali ini, akan memecahkan lagi undi Melayu. Ia bertanding di 47 daripada 56 kerusi DUN dan 20 daripada 22 kerusi Parlimen.



Siapa yang berjaya merebut 29 kerusi DUN akan meraih majoriti bagi membentuk kerajaan negeri.



Dengan Hari Mengundi pada 9 Mei kian hampir dan kempen semakin hangat, Dr Lee juga meneliti sentimen pengundi menurut beberapa tinjauan.



Kajian Merdeka Center pada Mac 2018 misalnya, menujukkan sokongan Melayu kepada BN merosot daripada 58.6 peratus dalam PRU13 kepada 41.3 peratus sekarang.



Institut Darul Ehsan pula mendapati sokongan kepada PH melebihi BN di kawasan bandar dan separuh bandar.



Sementara kajian INVOKE pada Februari 2018 menunjukkan sokongan yang kian bertambah kepada PH, sebahagian besar pengundi belum mempunyai kecenderungan jelas.



Daripada 56 kerusi DUN, Dr Lee mendapati 13 berada di kawasan campuran, enam di kawasan majoriti Cina dan 37 di kawasan mempunyai majoriti penduduk Melayu.



PH menyasarkan menang 40 kerusi sementara BN menyasarkan 30 kerusi.



Berdasarkan pelbagai faktor, Dr Lee menjangka PH akan menang antara 35 dengan 38 kerusi DUN dan 15 dengan 17 kerusi Parlimen; sementara BN dijangka menang antara 18 dengan 21 kerusi DUN dan lima hingga tujuh kerusi Parlimen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >