Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Universiti di Saudi mahu buka sekolah memandu bagi wanita

Oct 01, 2017 | 04:06 PM



RIYADH: Sebuah universiti di Arab Saudi mengatakan ia akan membuka sekolah memandu untuk wanita, yang pertama bagi negara ini, selepas larangan terhadap wanita memandu ditarik.

"Universiti Puteri Nourah sedang bersedia untuk menubuhkan sebuah sekolah memandu dengan kerjasama pihak berkuasa relevan," kata universiti wanita itu pada Sabtu (30 Sep).

"Ini pengumuman pertama selepas perintah minggu ini oleh Raja Salman untuk membenarkan wanita memandu," katanya.

Arab Saudi berkata Selasa lalu ia akan membenarkan wanita memandu di bawah perintah diraja yang berkuat kuasa Jun 2018, mencetuskan keghairahan dan ketidakpercayaan dalam kalangan aktivis yang lama menentang larangan tersebut.

Kerajaan Teluk itu satu-satunya negara di dunia yang melarang wanita memandu, dan ia dilihat di seluruh dunia sebagai lambang penindasan.

Universiti Puteri Nourah mengatakan ia mempunyai lebih 60,000 pelajar perempuan di Riyadh dan bandar-bandar lain.

Keputusan Selasa lalu itu dijangka mendorong wanita menyertai tenaga kerja dan meningkatkan jualan kereta, terutama pada bulan-bulan mendatang sebelum pelaksanaan cukai nilai tambah kerajaan pada Januari 2018. -- AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >