Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Upacara pengebumian Muhammad Ali disertai ribuan orang

Jun 10, 2016 | 02:38 PM



LOUISVILLE: Ribuan orang menyertai upacara pengebumian jenazah legenda tinju dunia, Muhammad Ali, di kampung halamannya di sini, Kentucky pagi tadi.



Dianggarkan lebih 14,000 orang yang mewakili pelbagai kaum dan kepercayaan menyertai upacara tersebut. 



Ali, juara tiga kali tinju heavyweight dunia yang terkenal sebagai ahli sukan dengan kelincahannya di dalam dan luar gelanggang, sebagai aktivis politik dan pejuang hak asasi manusia, meninggal dunia Jumaat lalu di hospital Arizona.



Allahyarham berusia 74 tahun.



"Pemergian Muhammad Ali menjadikan kami semua kesunyian di dunia," kata Encik Sherman Jackson, tokoh pendidik Muslim di University of Southern California.



"Sesuatu yang kukuh, sesuatu yang besar, indah dan kekuatan hidup sudah tertinggal di dunia ini," kata Encik Sherman merujuk kepada Ali yang tidak pernah menyerah kalah lebih tiga tahun di tengah kemuncak kariernya ketika enggan menyertai khidmat tentera Amerika Syarikat di Perang Vietnam.



Imam Zaid Shakir, pengasas kepada Sekolah Muslim Liberal di Zaytuna College, Berkeley, California, mengetuai solat jenazah berkenaan dengan laungan bergema "Allahu Akbar", dengan di depannya jenazah Ali yang diselimuti kain warna hitam dan emas.



Pengebumian Ali turut dihadiri bekas Presiden Amerika, Encik Bill Clinton, Presiden Turkey, Encik Tayyip Erdogan dan pelawak terkenal, Billy Crystal yang berlangsung di KFC Yum Center.



Mereka yang turut memberikan penghormatan terakhir ialah pejuang hak asasi Amerika, Encik Jesse Jackson dan penyanyi Yusuf Islam, yang sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >