PASARAN hartanah Iskandar Malaysia mula menunjukkan keretakan selepas rancak berkembang, menurut laporan The Star yang ditukil The Business Times.
Minggu lalu, firma pemaju UEM Sunrise Bhd, antara pemaju terbesar di Iskandar, telah mengurangkan sasaran penjualannya bagi 2014 kepada RM2 bilion ($792 juta) berbanding RM3.2 bilion ekoran sentimen pasaran lemah.