Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usaha China menarik saintis pulang ke tanahair

Mar 29, 2017 | 04:52 PM



USAHA China untuk menarik saintis mereka agar meninggalkan institusi antarabangsa dan kembali ke tanahair kelihatannya telah berhasil - dari aspek ketenteraan - dengan bantuan yang diberikan bukan sedikit oleh Amerika Syarikat, lapor akhbar South China Morning Post, hari ini.



Penglibatan para saintis ini dalam projek-projek ketenteraan, turut meliputi usaha China membangunkan persenjataan hypersonik yang mampu menembusi sistem pertahanan peluru berpandu dan rekaan kapal selam baharu yang berupaya meronda dengan senyap di sepanjang pantai barat negara Amerika, kata penyelidik yang biasa dengan program-program ini kepada akhbar itu.



Selama lebih sedekad, China telah berusaha meningkatkan usahanya menarik saintis berbakat yang bekerja di makmal-makmal di Amerika yang dikaitkan dengan program senjata nuklear adikuasa itu, selain segolongan lagi yang bekerja untuk Nasa, agensi yang bertanggungjawab bagi program-program angkasa lepas, selain untuk syarikat-syarikat seperti Lockheed Martin Space Systems dan Boeing.



Ramai saintis asal China yang kembali ke tanahair sebelum ini bekerja di Makmal Kebangsaan Los Alamos di New Mexico, yang merupakan tempat lahirnya bom atom, Makmal Kebangsaan Lawrence Livermore di California, yang memainkan peranan utama untuk program senjata nuklear Amerika Syarikat hari ini, atau Makmal Penyelidikan Tentera Udara di Pangkalan Udara Wright-Patterson di Ohio.



Sedang jumlahnya tidak diketahui, namun ramai saintis dari Los Alamos telah kembali ke universiti-universiti China dan pusat-pusat penyelidikan yang dipanggil mereka sebagai "Los Alamos club".



Makmal Los Alamos, yang menjadi tuan rumah untuk pelbagai kemudahan penyelidikan, termasuk komputer 'super' dan pemecut haba yang digunakan untuk penyelidikan senjata, telah menggajikan ramai saintis asing sebagai menampung kekurangan saintis Amerika dan bakat dalam bidang kejuruteraan.



Menurut lamannya, syarikat itu menggajikan lebih 4 peratus daripada hampir 10,000 pekerja yang berasal dari Asia.



Pada 1999, Amerika menuduh pakar fizik nuklear Taiwan-Amerika, Wen Ho Lee, yang bekerja di Los Alamos, memberikan rekaan kepala peledak nuklear yang paling canggih, kepada China.



Dakwaan ke atasnya bagaimanapun digugurkan pada 2006 disebabkan kekurangan bukti tetapi kejadian itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan saintis asal China di makmal terbabit, menurut laporan mereka.



China telah berusaha menarik saintis mereka yang dilatih di luar negara untuk pelang ke tanahair sejak pembentukan Republik Rakyat China pada 1949, dengan hanya satu kejayaan dicapai apabila Qian Xuesen, yang pulang ke China dari Institut Teknologi Massachusetts pada 1955 untuk memimpin penyelidikan China dalam bidang roket ketenteraan dan angkasa lepas.



China telah mempertingkat usaha sejak beberapa tahun lalu, dengan menggunakan insentif kewangan, menggunakan patriotisme sebagai daya tarikan dan menjanjikan peluang kerjaya lebih baik untuk menarik saintis mereka yang mempunyai pengalaman di luar negara untuk terlibat dalam penyelidikan ketenteraan.



Salah seorang saintis yang pulang dari Los Alamos ialah Profesor Chen Shiyi, yang merupakan pengarah bagi Makmal Utama Negara untuk Golakan dan Sistem Rumit di Universiti Peking, yang memainkan peranan utama dalam membangunkan kenderaan geluncur hipersonik, menurut seorang penyelidik di Akademi Sains China di Beijing, kepada akhbar South China Morning Post.



China telah menguji kenderaan geluncur hipersonik yang mampu bergerak pada kelajuan 11,000km/j - kira-kira 10 kali lebih pantas dari kelajuan bunyi - pada April tahun lalu.



Para kelajuan sebegitu, ia mampu melancarkan kepala peledak nuklear di mana-mana sahaja di dunia ini dalam masa sejam - terlalu pantas untuk mana-mana sistem penangkis peluru berpandu untuk merespons.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >