Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usaha kastam Indonesia banteras import kasut terpakai

Mar 08, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Kastam Indonesia akan memperketatkan pemeriksaan di beberapa pelabuhan kecil negara itu, bagi membanteras kegiatan mengimport secara haram kasut terpakai, kata Kementerian Perindustrian, Isnin lalu.



Langkah itu menyusuli laporan agensi berita Reuters yang mendapati, kasut terpakai yang diberi untuk dikitar semula di Singapura, telah dikirim ke Indonesia.



Hasil siasatan agensi berita Reuters selama enam bulan, yang diterbitkan pada 25 Februari lalu, menyatakan bahawa 10 pasang kasut yang didermakan oleh Reuters untuk satu skim kitar semula oleh sebuah syarikat petrokimia Amerika Syarikat, Dow dan pemerintah Singapura, telah dieksport ke Indonesia untuk dijual.



Wartawan Reuters, yang menggunakan alat mengesan yang disembunyikan pada tapak kasut, menemui kasut yang didermakan di Singapura itu, di pasaran barang-barang terpakai di Jakarta dan pulau Batam, 19 kilometer dari selatan Singapura.



Pada 2015, Indonesia mengharamkan import pakaian serta kasut terpakai, kerana khuatir tentang kebersihannya, dan juga bagi melindungi industri tekstil tempatan.



Dalam satu kenyataan berjudul Merungkai skandal import secara haram sepatu bekas, Kementerian Perindustrian Indonesia berkata, berikutan pendedahan laporan Reuters itu, pihaknya akan perketat pemeriksaan di pelabuhan, bagi memintas sebarang pengiriman kasut terpakai secara haram.



"Insiden ini menunjukkan bahawa kegiatan mengimport secara haram kasut terpakai dijalankan secara teratur dengan menyalahgunakan alasan atas projek sosial," kata Encik Agus Gumiwang, dari kementerian itu.



"Amalan mengimport secara haram kasut terpakai mesti dihentikan kerana ia memberi kesan buruk kepada industri kasut tempatan," ujar beliau.



Kementerian itu juga menyarankan insentif baru bagi pengeluar kasut tempatan mengimport bahan mentah untuk perniagaan mereka, dan menguatkuasakan peraturan yang lebih ketat bagi import tekstil, kata kenyataan kementerian itu lagi.



Pada Julai 2021, Dow and Sport Singapore melancarkan satu program untuk mengisar kasut lama yang bertapak getah untuk membuat trek joging dan taman permainan baru.



Orang awam telah mendermakan ribuan pasang kasut lama untuk skim itu.



Pada 27 Februari, dua hari selepas laporan itu diterbitkan oleh Reuters, Dow and Sport Singapore mengeluarkan satu kenyataan, meminta maaf kepada orang ramai atas "kesalahan" dalam rangkaian bekalannya yang telah menyebabkan beberapa kasut yang harus dikitar semula, dikirim ke Indonesia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >