Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usia tua, masalah kesihatan punca 496 maut kira undi di Indonesia

May 12, 2019 | 01:52 PM



JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mengumumkan kematian ratusan kakitangan pilihan raya (KPPS) di beberapa wilayah berpunca daripada serangan strok atau serangan jantung, lapor Jakarta Post semalam. 



Lebih 162 sukarelawan maut di empat wilayah termasuk Jakarta, Jawa Barat, Kepulauan Riau dan Sulawesi Tenggara, selepas bekerja untuk tempoh lama pada 17 April lalu. Jawa Barat merekodkan paling ramai kematian iaitu 131 orang.



Menurut kementerian itu, 22 kematian di Jakarta disebabkan serangan jantung, kegagalan jantung, koma hepatik (hati gagal fungsi nyah kimia hingga sebabkan mati otak), strok, kegagalan pernafasan dan meningitis (jangkitan pada saraf tunjang).



Sementara itu, Jakarta Post yang memetik kementerian itu menyatakan mangsa di Jawa Barat maut akibat kegagalan jantung, strok, kegagalan pernafasan, sepsis (reaksi melampau imun badan kepada bakteria sehingga merosakkan organ) dan semput.



Di Riau dan Sulawesi Tenggara, beberapa pegawai KPPS maut akibat kegagalan jantung dan kemalangan jalan raya. Data daripada Suruhanjaya Pulihan raya Umum (KPU), kebanyakan mangsa maut adalah berusia antara 50 hingga 70 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >