PERASAAN sayu, sedih dan pilu mencengkam perasaannya sejurus beliau melangkah masuk ke pusat perlindungan sementara atau pusat pengungsian orang pelarian etnik Rohingya di Kuala Langsa, Aceh, Indonesia.
Meskipun letih dek perjalanan sekitar 15 jam, bermula dengan pesawat dari Batam, ke Medan dan Banda Acheh, dan kemudian perjalanan menjenuhkan dengan bas ke Kuala Langsa, Ustaz Rasman Saridin lega kerana hasrat beliau mahu menghulurkan bantuan kepada para pelarian itu tercapai jua akhirnya.