Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usul adakan pilihan raya umum cetus ketegangan politik di M'sia

Jan 08, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ketegangan kian dirasakan dalam parti terbesar yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Malaysia berhubung usulan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sedang pandemik Covid-19 semakin menjadi buruk di negara itu.



Hubungan antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dengan sekutu utama partinya Umno tegang sejak Umno mengancam menarik sokongan bagi gabungan politik PN Oktober lalu.



Umno kini menguasai sekitar satu pertiga kerusi Parlimen dalam kerajaan PN yang mempunyai 12 parti.



Kini, sekurang-kurangnya dua menteri telah menyuarakan ketidaksetujuan mereka dengan usul Umno mengadakan PRU15 sebelum akhir suku pertama tahun ini.



Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kumpulan yang ingin mengadakan PRU15 sebelum pandemik dikawal adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, termasuk yang dari partinya sendiri.



"Jangan mementingkan diri sendiri," katanya menerusi Twitter beliau.



Ahad lalu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar PRU15 segera diadakan bagi mengembalikan mandat rakyat memilih kerajaan yang lebih stabil berbanding kerajaan sedia ada.



Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut mengakui kebimbangan ramai mengenai risiko jangkitan Covid-19.



Bagaimanapun, beliau yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan mengikut piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan sepanjang PRU15 diadakan.



Bersatu pula berpendirian pilihan raya umum hanya wajar dilaksanakan apabila perkembangan pandemik Covid-19 berada pada tahap lebih baik dan terkawal, kata Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan.



"Agenda utama Bersatu ketika ini adalah untuk menumpukan segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara," kata Wan Saiful.



Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah menolak permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berdaftar sebagai parti politik.



Pejuang diterajui mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Peguam Pejuang Mior Nor Haidir Suhaimi berkata RoS telah memaklumkan parti itu kelmarin tentang keputusannya menerusi surat.



RoS turut menolak satu lagi permohonan mendaftarparti baru bagi golongan belia, Muda, yang dipimpin mantan menteri Kabinet Syed Saddiq Abdul Rahman.




Umno akan kemuka usul putus hubungan dengan Bersatu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >