Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usul tidak percaya mungkin gagal, Najib konspirasi sebenar: Mahathir

Mar 11, 2020 | 03:52 PM



PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin mampu bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang, dan Pakatan Harapan tidak mungkin berjaya membawa usul tidak percaya terhadap perdana menteri ke-8 itu di Dewan Rakyat.



“Sekarang ini bila dia (Muhyiddin) jadi kerajaan, dia dapat bagi gula-gula kepada banyak orang. Saya dapati beberapa orang yang menjadi penyokong saya, sekarang ini dilantik menjadi menteri, maka mereka berpindah ke sebelah sana,” katanya dalam wawancara dengan Sinar Harian.



“Kita dahulu mempunyai kelebihan sebanyak 114 kerusi tetapi sekarang ini jumlah itu makin kurang. Jadi dalam Dewan Rakyat kita hendak bawa usul tidak percaya pun tidak mungkin berjaya. Sebabnya dia sudah ambil orang saya menyebelahi dia,” katanya lagi.



Beliau menyalahkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).



“Yang betul-betul berkonspirasi ialah Najib. Apabila dia kalah, maka dia dapat idea kalau dia boleh tubuh satu kerajaan Melayu Islam, maka dia akan dapat lebih sokongan orang Melayu dan dia akan menang," kata Tun Dr Mahathir. - Sinar Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >