Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usul undi bagi desak naib presiden Pence singkir Trump

- Rancangan dilakar Speaker Nancy Pelosi dalam surat kepada anggota Dewan Perwakilan Rakyat Amerika - Pence digesa guna Pindaan ke-25 dalam Perlembagaan yang membenarkannya dan Kabinet isytihar presiden tidak layak jalankan tugas
Jan 12, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Anggota Demokrat di Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat merancang mengadakan undian semalam untuk mendesak Naib Presiden Mike Pence untuk mengambil langkah supaya menyingkirkan Presiden Donald Trump daripada jawatannya, setelah penyokong presiden itu menyerbu bangunan Capitol, sebelum merancang mendakwanya lagi di Kongres.



Rancangan itu, yang dilakarkan Speaker dewan itu, Cik Nancy Pelosi, dalam surat kepada anggota pada lewat malam kelmarin, dibuat ketika Washington berusaha untuk memutuskan tindakan yang harus diambil terhadap Encik Trump dalam tempoh 10 hari sebelum Presiden Dipilih, Encik Joe Biden, mengangkat sumpah pada 20 Januari ini.



Dalam surat itu, Cik Pelosi memberitahu bahawa Dewan yang dikuasai Demokrat akan terlebih dahulu mengeluarkan peringatan terakhir kepada Encik Pence untuk menggunakan kuasa perlembagaannya agar Encik Trump tidak lagi memegang jawatan presiden.



Encik Pence boleh melakukannya dengan menggunakan Pindaan ke-25 dalam Perlembagaan, yang membenarkan beliau dan Kabinet untuk menyingkirkan presiden dengan mengisytiharkan presiden itu tidak layak menjalankan tugasnya.



Jika Encik Pence tidak memberi respons dalam tempoh 24 jam, pihak Demokrat akan meneruskan undang-undang pendakwaan, kata Cik Pelosi.



Beliau berikrar bertindak segera untuk melindungi Perlembagaan dan demokrasi Amerika, dengan menyebut Encik Trump sebagai "ancaman segera" kepada keduanya.



"Hari demi hari, berlaku serangan berterusan dan semakin meningkat terhadap demokrasi kita yang dilakukan Presiden ini, justeru diperlukan tindakan segera," tulisnya dalam surat itu.



Serangan pada Rabu lalu di bangunan Capitol menyebabkan lima orang maut, termasuk seorang pegawai polis. Seorang lagi anggota polis lain meninggal dunia kemudian.



Serangan itu, yang berlaku sedang Kongres mengesahkan kemenangan Encik Biden, disebut sebagai serangan terhadap demokrasi Amerika oleh kededua Demokrat dan Republikan.



Lebih banyak pihak kini lantang menuduh Encik Trump menghasut serangan itu dengan mengatakan kepada penyokongnya bahawa pilihan raya presiden pada November merupakan satu penipuan.



Anggota Demokrat di Dewan Perwakilan Rakyat akan terdahulu berusaha meluluskan satu resolusi, dengan sebulat suara, meminta Encik Pence untuk bertindak.



Jika seorang penggubal undang-undang membantah resolusi itu - dengan beberapa anggota Republikan cenderung melakukannya - Dewan dijadual mengundi dan meluluskan resolusi tersebut pada Selasa (waktu tempatan).



Pihak Demokrat sedang mengumpulkan jumlah yang mereka perlukan untuk mendakwa Encik Trump, dan kemungkinan akan berjaya.



Apa yang berlaku seterusnya masih belum jelas. Ketua Whip Dewan itu, Encik James Clyburn, memberitahu rangkaian televisyen kelmarin bahawa pihaknya mungkin menunggu sehingga tamat penggal Encik Trump pada 20 Januari untuk menghantar dokumen pendakwaan kepada Dewan Senat.



"Kami beri Encik Biden 100 hari yang diperlukannya untuk menjalankan agendanya," kata Encik Clyburn, anggota Demokrat ketiga tertinggi di Dewan, kepada agensi berita CNN.



"Dan mungkin kami akan mengirimkan dokumen tersebut sejurus tempoh itu."



Dewan Senat akan memutuskan sama ada mahu sabitkan Encik Trump atau membebaskannya daripada tuduhan pendakwaan.



Encik Trump tidak mungkin disabitkan oleh Senat, kerana ini memerlukan kelebihan dua pertiga undi.



Jika mereka mengundi untuk menghukumnya, mereka juga dapat mengundi secara berasingan untuk mengharamkannya daripada memegang jawatan awam, hukuman yang hanya memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan.



Walaupun banyak anggota Republikan telah mengkritik peranan Encik Trump dalam serangan di bangunan Capitol itu, mereka juga mengkritik langkah pendakwaan itu sebagai terlalu memecah-belah.



Namun sebilangan mereka mengisyaratkan mereka mungkin menyokong pendakwaan untuk menyingkirkan Encik Trump. Senator Republikan, Encik Pat Toomey dari Pennsylvania, berkata Encik Trump harus mengundurkan diri:



"Cara terbaik buat negara kita adalah Presiden mengundurkan diri secepat mungkin." - ST, Reuters.




"Hari demi hari, berlaku serangan berterusan dan semakin meningkat terhadap demokrasi kita yang dilakukan Presiden ini, justeru diperlukan tindakan segera."
- Cik Nancy Pelosi.



"Cara terbaik buat negara kita adalah Presiden mengundurkan diri secepat mungkin."
- Senator Republikan, Encik Pat Toomey dari Pennsylvania.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >