Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Utusan, akhbar paling tua di Malaysia, akan ditutup

Aug 19, 2019 | 07:16 PM



PETALING JAYA: Akhbar paling lama di Malaysia akan ditutup Rabu ini (21 Ogos) disebabkan menanggung masalah kewangan yang berpanjangan.



Semua penerbitan di bawah Utusan Group - Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo!, dan Kosmo! Ahad – akan menghentikan penerbitan cetak dan digital. Ketua Kesatuan Wartawan Nasional Utusan Malaysia (NUJ), Taufek Razak berkata pengerusi eksekutifnya Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir mengakui syarikat itu kerugian.



Berita sedih itu dikhabarkan kepada wakil pekerja dan pegawai Kementerian Sumber Manusia pada Isnin (19 Ogos).



“Kami diberitahu bahawa syarikat itu tidak mempunyai wang lagi bagi membayar kakitangan atau mengoperasikan perniagaan itu,'' kata Encik Taufek. Utusan Group tidak membayar gaji kakitangan sejak Jun.



Malah, sebelum ini, ia sering menunda pembayaran pekerjanya. Utusan Malaysia pertama kali diterbitkan sebagai Utusan Melayu dalam tulisan Jawi pada 1939 di Singapura.



Ia diasaskan oleh Encik Yusof Ishak, yang menjadi Presiden pertama Singapura dan Abdul Rahim Kajai, yang dikenali sebagai 'Bapa Kewartawanan Melayu'.



Pejabat itu dipindahkan ke Kuala Lumpur pada 1959. Versi Melayu Utusan Melayu dicetak pada 1 September 1967. - The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >