KUALA LUMPUR: Akhbar Utusan Malaysia dilihat habis terjual di kedai-kedai runcit, stesen minyak dan 7 Eleven selepas media setempat melaporkan kakitangan syarikat akhbar itu bergelut dengan kehidupan harian kerana masalah kewangan syarikat.
Tinjauan Free Malaysia Today (FMT) di kedai-kedai runcit dan stesen minyak mendapati pekerja terkejut dengan "sambutan luar biasa" terhadap akhbar Utusan, begitu juga Kosmo!, yang diterbitkan syarikat sama.