Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Utusan AS tiba di Seoul bincang hal peluru berpandu Korea U, ketegangan nuklear

Apr 19, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Utusan Amerika Syarikat bagi Korea Utara tiba di Seoul semalam untuk berbincang dengan rakan sejawatannya dari Korea Selatan mengenai cara menangani peningkatan pelancaran peluru berpandu Pyongyang dan kebimbangan mengenai kemungkinan penyambungan semula ujian nuklear.



Wakil Khas Amerika itu, Encik Sung Kim, dan timbalannya, Encik Jung Pak, akan bertemu dengan pegawai Korea Selatan, termasuk utusan nuklear, Encik Noh Kyu-duk, semasa lawatan lima harinya.



Ketibaan mereka bertepatan dengan permulaan latihan ketenteraan bersama tahunan sembilan hari oleh tentera Amerika dan Korea Selatan.



Latihan itu adalah "latihan komand pertahanan menggunakan simulasi komputer" dan tidak akan melibatkan pergerakan di lapangan oleh kedua-dua tentera, kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan kelmarin.



Korea Utara mengutuk latihan bersama itu sebagai latihan perang, sedang latihan seperti itu telah dikurangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini di tengah-tengah usaha melibatkan Pyongyang dalam langkah diplomasi, dan kerana sekatan Covid-19.



Sabtu lalu, Korea Utara melancarkan satu ujian yang dikatakan media negara itu sebagai peluru berpandu yang mampu membawa senjata nuklear taktikal.



Sementara itu, semasa ketibaannya, Encik Kim memberitahu wartawan bahawa beliau berada di Seoul bagi meneruskan "penyelarasan rapat" mengenai perkembangan Korea Utara, lapor agensi berita Yonhap, tanpa mengulas lanjut.



Beliau berkata Amerika terbuka untuk berbincang dengan Korea Utara pada bila-bila masa dan tanpa prasyarat, tetapi Pyongyang setakat ini menolak cadangan itu, menuduh Washington mengekalkan dasar bermusuhan seperti sekatan dan latihan ketenteraan.



Media Korea Selatan melaporkan Encik Kim juga dijadual bertemu dengan pasukan peralihan presiden baru, Encik Yoon Suk-yeol, yang akan mengambil alih jawatan pada Mei.



Seorang jurucakap pasukan itu berkata tiada mesyuarat yang disahkan antara Encik Yoon dengan Encik Kim, dan tidak dapat segera mengesahkan sama ada utusan itu akan bertemu dengan pegawai peralihan lain ataupun tidak. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >