Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vaksin buatan China CoronaVac, antara berpotensi

Dec 17, 2020 | 05:30 AM



BEIJING: China buat pertama kali mempamerkan vaksin Covid-19 yang dihasilkan negara itu saat berhadapan pelbagai kritikan mengenai penularan pandemik itu.



Harapan tinggi diletakkan pada botol kecil berisi cecair yang dipamerkan di Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) di Beijing pada September lalu.



Terdapat sekurang-kurangnya empat vaksin yang dibangunkan China yang kini dalam fasa klinikal peringkat akhir - Ad5-nCoV yang dibangunkan CanSino Biological Inc, BBIBP-CorV dan WIBP yang dibangunkan Sinopharm, serta CoronaVac yang dibangunkan Sinovac.



Antara vaksin yang dihasilkan dan antara yang terbesar adalah yang dihasilkan syarikat biofarmaseutikal oleh syarikat China, Sinovac Biotech, pembuat vaksin yang berpengalaman.



Vaksin itu yang dikenali sebagai CoronaVac dan sebelumnya PiCoVacc, adalah antara beberapa vaksin berpotensi yang memasuki percubaan peringkat akhir bagi kajian berskala besar untuk mengumpul bukti keberkesanannya untuk kelulusan.



Dilaporkan bahawa ujian tahap pertengahan menunjukkan CoronaVac memberi tindak balas imunisasi yang cepat, walaupun tahap antibodi yang dihasilkan lebih rendah daripada orang yang telah sembuh daripada penyakit ini.



Vaksin keluaran syarikat China didapati bukan sahaja mampu memenuhi permintaan dunia, malah proses penyimpanan, pengangkutan dan pengedarannya juga tidak memerlukan kos yang tinggi.



Ia sekali gus dapat memenuhi permintaan khususnya dari negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.



Penyelidik kanan kesihatan global Majlis Hubungan Luar Amerika Syarikat (AS),Yanzhong Huang berkata, pengangkutan vaksin buatan China adalah lebih mudah dan kos efektif atau menjimatkan kerana tidak perlu disejuk dinginkan.



Berbanding keluaran syarikat negara lain, vaksin mesti disimpan pada suhu di bawah sifar semasa proses penghantaran dibuat, maka sudah tentu ia memerlukan kos yang tinggi dan membebani negara berpendapatan rendah dan sederhana.



Sinovac sebelum ini menjelaskan bahawa vaksin itu berupaya menghasilkan antibodi dalam kalangan 97 peratus individu yang diberikan vaksin tersebut, lapor Bloomberg.



Sinovac telah melakukan Fasa 3 ujian itu di Brazil, Turkey, Bangladesh dan Indonesia.



Syarikat tersebut telah melakukan percubaan fasa ketiga yang melibatkan 130,000 sukarelawan di negara-negara tersebut.



Pada fasa ketiga, buat pertama kalinya vaksin akan dimasukkan ke dalam khalayak ramai sebelum menumpukan perhatian kepada ciri keselamatan, keimunogenan dan tindak balas imun pada sebilangan kecil manusia.



Ujian fasa ketiga akan menguji sama ada vaksin dapat melindungi sejumlah besar orang dalam jangka masa panjang.



Indonesia telah pun menerima menerima 1.2 juta dos vaksin Covid-19 yang dihasilkan firma China, Sinovac.



Jumlah itu akan terus meningkat apabila 1.8 juta lagi dos dijangka tiba pada awal Januari di samping 15 juta dos dan 30 juta dos vaksin dalam bentuk bahan mentah pada bulan ini dan Januari yang akan diproses oleh Bio Farma.



Pada Ogos lalu, Indonesia mengadakan ujian ke atas manusia menggunakan vaksin buatan Sinovac yang melibatkan kira-kira 1,600 sukarelawan dalam fasa klinikal selama enam bulan



Sejak awal bulan Julai, syarikat farmaseutikal Sinovac telah bekerjasama dengan Institut Bioperubatan Butantan di Brazil untuk mengembangkan vaksin Coronavac.



Sejauh ini ia didapati selamat dalam ujian klinikal Fasa 3 di Brazil.



Penilaian itu dibuat oleh Institut Butantan, salah sebuah pusat kajian bioperubatan terkenal Brazil.



Sinovac secara berasingan mengeluarkan butiran daripada kajian Fasa 2, dan mengatakan vaksin itu nampaknya selamat dan menyebabkan tindak balas imun berdasarkan antibodi yang dikesan pada subjek.



Dalam percubaan klinikal Fasa 2 itu yang melibatkan 600 peserta di China, vaksin tersebut tidak menyebabkan kesan sampingan serius dan kadar demam agak rendah berbanding vaksin lain.



Sinovac perlu menguji vaksinnya di luar negara kerana China bukan lagi tempat yang boleh memberi hasil kajian memuaskan untuk percubaan fasa akhir kerana bilangan kes jangkitan baru yang rendah, lapor AFP. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >