Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vaksin Covid-19: Biden umum aturan baru terhadap penjawat awam

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Joe Biden mengumumkan peraturan baru terhadap penjawat awam dan kontraktor selepas Amerika Syarikat terus mencatat peningkatan kes dan kadar kematian terutama dalam kalangan mereka yang belum menerima vaksin.



Di bawah peraturan baru itu, penjawat awam perlu membuktikan mereka sudah divaksinasi, dan jika belum, mereka wajib melakukan beberapa perkara termasuk mengenakan pelitup muka dan menjalani ujian saringan setiap minggu.



Jelas Encik Biden, peraturan baharu lebih ketat itu adalah bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan petugas pentadbiran awam meningkat dan dijadikan sebagai teladan kepada syarikat swasta.



"Dengan keputusan saya ini, semua petugas sektor awam dan pelawat bangunan awam perlu melakukan langkah sama.



"Seperti yang saya katakan sejak awal, penggunaan pelitup muka bukanlah kenyataan politik, ia adalah untuk melindungi diri dan orang lain.



"Menggunakan pelitup muka adalah langkah perlindungan diri seseorang dalam mengekang penularan Covid-19.



"Tetapi jangan silap, vaksin adalah langkah terbaik bagi memastikan diri anda tidak mengalami simptom kronik akibat Covid-19, ia perisai terbaik.



"Dan anda tahu bagaimana kita boleh mengalahkan virus ini? Kita perlu pastikan lebih ramai divaksinasi," katanya pada Khamis di Washington DC.



Bagaimanapun, arahan mengambil vaksin tidak diwajibkan terhadap penjawat awam di Amerika Syarikat.



Namun, pentadbiran Biden akan memastikan mereka yang tidak menerima vaksin berdepan beberapa peraturan dan sekatan.



Pada masa sama ia dijangka akan meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan mereka yang belum menerima suntikan.



New York City (NYC) kelmarin mengumumkan untuk membayar AS$100 ($135) kepada individu yang mendapatkan vaksin di situ, kata Datuk Bandar Mayor Bill de Blasio.



Menurut Agensi Anadolu, datuk bandar ketika membuat pengumuman itu pada satu sidang media berkata insentif berkenaan akan berkuat kuasa semalam.



Untuk layak menerima wang itu, penduduk New York perlu pergi ke pusat vaksin yang dikendalikan oleh perbandaran.



Ganjaran itu hanya untuk penerima dos pertama



Terdahulu pada minggu ini, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) menyarankan agar golongan yang sudah menerima suntikan vaksin kembali memakai pelitup muka di sebahagian besar kawasan merentasi AS.



Ia sekali gus menyaksikan sebilangan penduduk berang kerana menganggap kehidupan mereka terjejas akibat pilihan yang dibuat oleh orang lain.



Sebanyak 60.2 peratus penduduk dewasa di seluruh AS sudah menerima vaksinasi lengkap setakat ini.



Ia jauh lebih rendah berbanding kadar 85 hingga 90 peratus perlu mendapatkan vaksin itu bagi mengekang penularan virus berkenaan, menurut pakar epidemiologi, walaupun dos terbabit sudah sedia dibekalkan sejak berbulan-bulan lalu.



Khamis lalu, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa jutaan kakitangan Persekutuan dikehendaki sama ada mendapatkan suntikan vaksin atau menjalani ujian saringan berkala serta memakai pelitup muka, iaitu langkah tegas yang sama diambil California dan New York.



Kesabaran jelas dilihat semakin menipis terhadap sikap mereka yang terus enggan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 atas pelbagai alasan, termasuk mendakwa ia berkait teori konspirasi.



"Kini, keadaan sudah beralih daripada memahami kepada tidak lagi mampu bersabar, dan daripada insentif kepada akibat," kata David Frum yang menghasilkan penulisan bertajuk 'Vaccinated America Has Had Enough' dalam penerbitan The Atlantic, kepada AFP. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >