Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vaksin Covid-19 GSK-Medicago berkesan terhadap varian Delta, Gamma

Dec 09, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Vaksin Covid-19 keluaran GlaxoSmithKline (GSK) dan Medicago Canada menunjukkan keberkesanan 71 peratus terhadap pelbagai variasi penyakit.



Syarikat itu juga mendapati bahawa vaksin berasaskan tumbuhan menunjukkan keberkesanan 75 peratus terhadap varian Delta dan hampir 89 peratus keberkesanan terhadap varian Gamma yang pertama kali dikenal pasti di Brazil.



Hasil kajian yang diterbitkan kelmarin itu masih memerlukan kajian lanjut.



Kajian awal melihat tiada peserta yang diberikan vaksin mengalami penyakit teruk dan tiada kesan sampingan yang serius dilaporkan dalam kajian yang melibatkan kira-kira 24,000 orang.



Namun ketika kajian dijalankan, varian Omicron masih belum dikesan dan syarikat itu merancang untuk menguji vaksinnya terhadap varian baru.



Pengeluar vaksin itu kini mendapatkan kebenaran daripada pengawal selia di Canada dan telah memulakan proses pemfailan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat dan pengawal selia ubat-ubatan Britain.



GSK dan Medicago adalah pegeluar kedua vaksin terbesar dunia namun GSK belum mempunyai suntikan vaksin Covid-19 di pasaran.



Rakan kongsi GSK mempunyai perjanjian dengan pemerintah Canada untuk membekalkan sehingga 76 juta dos vaksin dan sedang berbincang dengan negara lain, kata Presiden dan ketua eksekutif Medicago, Encik Takashi Nagao. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >