Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vaksin Covid-19 Moderna mula diagih di AS

Dec 20, 2020 | 07:07 PM



DETROIT/LOS ANGELES/NEW YORK: Amerika Syarikat sudah mula mengagih vaksin Covid-19 yang dikeluarkan syarikat bioteknologi  Moderna pada Sabtu (19 Disember) dengan lebih 3,700 lokasi dijadualkan menerima dan mentadbir suntikan vaksin seawal Isnin (21 Disember).



Usaha ini memperluas lagi proses pengagihan vaksin yang dimulakan syarikat farmaseutikal berbilang negara Pfizer, minggu lalu.



Dalam keadaan negara ini berdepan dengan jumlah jangkitan koronavirus dan kematian yang membimbangkan, Moderna telah mengalihkan bekalan vaksin daripada loji pengeluarannya ke gudang yang dikendalikan pengedar vaksin McKesson.



Pada Sabtu, sekumpulan pekerja kelihatan sedang menyusun kotak-kotak vaksin  yang kemudian diangkat ke trak, jelas Jeneral Tentera Amerika Syarikat, Gustave Perna, dalam satu sidang akhbar.



Pada Ahad pula, trak-trak ini sudah dikerahkan bagi menghantar vaksin berkenaan dengan bekalannya dijangka sampai ke penyedia jagaan kesihatan seawal Isnin.



Kiriman dos vaksin ini mesti diiringi pengawal keselamatan termasuk marsyal Amerika. Ia kemudian disimpan dalam peti sejuk yang dikunci.



Suntikan vaksin ini diutamakan buat golongan berisiko seperti warga emas di rumah jagaan dan pekerja perubatan di barisan hadapan.



Pada Jumaat, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika telah mengesahkan penggunaan darurat vaksin keluaran Moderna ini yang merupakan vaksin Covid-19 kedua yang diberi pengesahan untuk digunakan secara selamat.



Moderna pula menyatakan panel di luar penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika telah memilih dan mengusulkan agar vaksin ini digunakan bagi individu berusia 18 tahun ke atas.



Jurucakap Jabatan Kesihatan dan Khidmat Kemanusiaan Amerika menyatakan 7.9 juta dos vaksin Pfizer dan Moderna akan dikirimkan ke seluruh negara minggu ini.



Vaksin Moderna ini disediakan dalam kuantiti sekecil 100 dos dan boleh disimpan selama 30 hari dalam peti sejuk dengan suhu biasa.



Vaksin Pfizer pula disediakan dalam kotak berisi 975 dos yang perlu dikirimkan dan disimpan dalam suhu  -70 darjah selsius. Ia hanya mampu disimpan selama lima hari dalam peti sejuk bersuhu biasa.



Jeneral Perna berkata Amerika memiliki dos vaksin Pfizer dan Moderna secukupnya menjelang hujung tahun ini dengan misi memberi suntikan kepada 20 juta orang sepertimana yang pemerintah Amerika harapkan.



Bagaimanapun, kiriman vaksin akan diteruskan hingga minggu pertama Januari depan.



Pakar jagaan kesihatan meramalkan harapan cerah bagi sebahagian besar warga Amerika mendapatkan suntikan vaksin tersebut. – Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >