Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vaksin Covid-19 mungkin mampu cegah sakit teruk akibat Omicron: WHO

Masih awal untuk tentukan sama ada gejala klinikal lebih parah daripada varian sebelumnya
Dec 03, 2021 | 05:30 AM



GENEVA: Vaksin Covid-19 sedia ada mungkin berkesan dalam mencegah penyakit teruk dan kemasukan ke hospital akibat varian Omicron yang baru dikenal pasti.



Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam berkata vaksin berupaya dan berkesan meredakan kebimbangan memerangi wabak itu.



"Kami tahu bahawa vaksin mungkin mempunyai sedikit perlindungan," kata ketua saintis WHO, Dr Soumya Swaminathan, dalam taklimat akhbar.



"Kami masih perlu meneliti sama ada terdapat kehilangan perlindungan, tetapi kami fikir vaksin masih dapat melindungi daripada penyakit teruk seperti yang berlaku daripada varian lain."



Kenyataan WHO itu adalah yang terbaru dalam siri usaha pihak berkuasa kesihatan untuk meyakinkan orang ramai mengenai vaksin walaupun banyak soalan mengenai varian baru itu masih belum terjawab.



Namun, Dr Swaminathan berkata masih terlalu awal untuk menentukan sama ada Omicron membawa kepada gejala klinikal yang lebih parah daripada varian sebelumnya.



Menurutnya, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan yang kukuh kerana doktor hanya boleh mengulas berdasarkan pesakit yang mereka rawat.



WHO menyatakan pada Isnin bahawa varian itu menimbulkan risiko lonjakan jangkitan yang sangat tinggi di seluruh dunia, walaupun penyelidikan lanjut diperlukan untuk menilai potensinya untuk membolosi perlindungan kekebalan daripada vaksin dan jangkitan sebelumnya.



Semalam, WHO mengesahkan varian baru Covid-19 Omicron telah dikesan di 23 negara dan dijangka terus meningkat.



Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata WHO memandang serius kemunculan varian itu dan menggesa setiap negara supaya melakukan perkara yang sama.



"Kemunculan varian Omicron telah menarik perhatian global. Sekurang-kurangnya 23 negara di lima daripada enam wilayah WHO kini telah melaporkan kes Omicron dan kami menjangkakan jumlah itu akan meningkat.



"WHO sangat mengambil serius perkembangan ini dan begitu juga sepatutnya setiap negara, tetapi ia tidak sepatutnya mengejutkan kita," katanya di Geneva semalam.



Kenyataan itu dibuat selepas agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengkategorikan Omicron sebagai varian membimbangkan selepas didedahkan penyelidik di Afrika Selatan minggu lalu.



WHO juga berkata larangan perjalanan akan memberi kesan kepada kerjasama global terhadap varian Omicron baru.



Ini katanya menyebabkan "cabaran" kepada perkongsian sampel makmal dari Afrika Selatan yang boleh membantu mendapatkan maklumat yang lebih baik pada varian baru itu.



Banyak negara bertindak dengan menangguhkan penerbangan dari tujuh negara Afrika Selatan.



Dr Tedros menggesa campur tangan "disesuaikan" oleh negara-negara, termasuk menguji pelancong sebelum dan selepas mereka tiba di sesebuah negara.



Beliau berkata larangan perjalanan "akan membebankan kehidupan dan mata pencarian".



Sementara itu, Ketua Teknikal WHO Mengenai Covid-19, Cik Maria Van Kerkhove, berkata kerjasama antarabangsa berterusan dan penyelidik di Afrika Selatan telah bersedia untuk berkongsi data, maklumat dan sampel.



Bagaimanapun, beliau berkata larangan perjalanan menyukarkan penghantaran sampel itu ke luar negara. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >