Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Varian baru punca beberapa negara perketat semula pergerakan

Jul 02, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Mimpi ngeri seperti berulang lagi.



Di Indonesia, penggali kubur terpaksa bekerja hampir semalaman, dengan angka korban melonjak disebabkan kekurangan bekalan vaksin dan oksigen.



Di Eropah pula, negara-negara sedang memperketat kawalan di sempadan dengan melaksana kuarantin dan sekatan perjalanan.



Di negara-negara di mana Covid-19 sebelum ini dianggap telah berjaya diatasi, seperti di Korea Selatan dan Israel, kelompok-kelompok jangkitan baru kini timbul dan di Australia dan pemerintahnya telah mengarahkan sekitar sejuta penduduknya supaya jangan keluar rumah.



Lebih setahun sejak Covid-19 mula menular pesat di serata dunia, pandemik ini bukan sahaja belum menunjukkan kesan ia akan terhapus, malah ia kian rancak menular, termasuk dengan varian lebih mudah berjangkit.



Ini termasuk varian Delta yang pertama kali dikenal pasti di India.



Saintis percaya varian Delta seganda lebih mudah berjangkit berbanding varian pertama Covid-19 dan boleh menjangkiti orang yang telah mendapatkan vaksinasi tetapi belum melengkapkan dos yang diperlukan.



Penduduk yang belum mendapatkan vaksinasi pula dikhuatiri boleh menjadi sumber varian baru yang boleh berubah dalam keadaan yang membahayakan dan tidak dijangka.



Sebagai contoh, varian Delta yang pada mulanya dikesan di India kini disyaki telah berpecah kepada varian-varian lain seperti Delta Plus.



Ada juga varian bernama Gamma dan Lambda.



"Kini, kami sedang berjuang menentang penularan varian virus," kata Profesor Kim Woo-joo, pakar penyakit berjangkit di Hospital Guri Universiti Korea, di Seoul.



Kebanyakan vaksin yang sedia ada pada masa ini dilihat sebagai berkesan mengatasi varian Delta dan hasil selidikan awal menunjukkan mereka yang dijangkiti besar kemungkinan mendapat simptom ringan atau langsung tidak menunjukkan simptom.



Namun, kebanyakan negara, kecuali segelintir negara-negara penduduk kecil, kurang separuh penduduknya telah mendapatkan vaksinasi penuh.



"Negara-negara maju menghabiskan sumber yang ada kerana mereka memiliki sumber itu dan mereka ingin melindungi orang mereka dahulu," kata Dono Widiatmoko, pensyarah kanan dalam jurusan jagaan kesihatan dan sosial di Universiti Derby dan juga anggota Persatuan Kesihatan Awam Indonesia.



"Tindakan itu semula jadi, tetapi jika kita pandang dari sudut hak asasi manusia, setiap nyawa sama nilainya." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >